Am (Ambiearn): “Lost Valley Gathering Dibuat Atas Dasar (Mostly) Passion”
“Aku tak main band. Aku orang yang suka pergi event dan gig. Masa sekolah dulu setiap minggu aku akan pergi gig, samada tempatan atau luar negara. “Lepas aku habis SPM pada tahun 2008 aku buat event camping muzik yang diberi nama Overchill. Acara ni aku inspired daripada Wacken Open Air.”
Am membuka bicara bila ditanyakan siapa dia dan apa yang mencetus dia untuk menjadi pengajur acara. Am adalah kepala utama Ambiearn, penganjur yang kekal dalam landasan menganjurkan acara muzik dalam suasana alami. Berani jamin, Ambiern adalah antara yang terawal dalam mengajurkan acara muzik di lokasi tapak perkhemahan. Jika bukan yang terawal sekalipun, Ambiern adalah entiti paling tekal dalam konsep tersebut. Ini adalah identiti mereka dan mereka tidak mudah mengubah konsep mereka hanya semata-mata untuk mengikut rentak aliran “pasaran”.
“Event pertama aku tak sampai 20 orang lah datang. Yang perform pun main lagu cover guna gitar akustik je. Tak ada line-up pun. Macam open mic je. Kemudian, aku dah tak buat dah any event. Aku lebih banyak pergi ke festival-festival lain je. 8 Tahun kemudian, pada tahun 2016, aku start buat Lost Valley, di tempat yang sama iaitu Janda Baik, Pahang.”
“Masa anjuran pertama kali ni, aku sediakan khemah, jungle trekking menuju ke air terjun, BBQ dan lunch untuk harga yang dibayar, termasuk dengan dua persembahan, iaitu Box For Letters (Kolar Hijau) dan F.A.II.
Am beruntung untuk bermula dengan sokongan keluarga. Bapanya tinggal di Janda Baik dan mempunyai calet yang turut dilengkapi tapak perkhemahan. Maka di situlah Lost Valley bertapak (dan berkhemah). Siri-siri Lost Valley yang kemudiannya mula melebarkan sayap ke lokasi yang berlainan.
“Mostly passion lah. Sebab aku nak datang event yang macam aku buat ni, tak ada. Jadi aku buat lah. Sekarang maybe dah ada TAPAUfest. Dulu pun ada Ocean Session, festival yang dianjurkan di kawasan pulau. Jadi aku nak buat yang versi hutan punya.” jawab Am ketika ditanyakan apa yang dia cari dalam mengajurkan acara sebegini.
Hampir pasti, tidak banyak pulangan yang boleh dia dapat. Dengan harga tiket yang sama (atau lebih murah) daripada kebanyakan mini-festival ataupun festival sekarang, Ambiearn menawarkan pengalaman yang tak akan sama langsung dengan mana-mana acaran anjuran lain. Dalam lambakan acara penganjuran sekarang, aku berpendapat bahawa penganjur yang menawarkan pengalaman lebih berharga berbanding hanya semata-mata menawarkan muzik langsung . Khemah, hutan, embun, unggun api, sungai dan muzik langsung – wajib dialami sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, terutama warga bandar yang tak berhenti bergelumang dalam lumba tikus.
Pastinya passion akan dibalas dengan sesuatu yang manis. Lost Valley Gathering selalunya melibatkan penaja-penaja yang jarang kita lihat dikaitkan dengan gig, terutama di Malaysia. Contohnya tahun lepas, mereka ditaja oleh MistixMen, sebuah syarikat menjual produk penjagaan diri untuk lelaki. Dan tahun ini, mereka ditaja oleh KEEN.
KEEN merupakan jenama utama yang menaja Fuji Rock Festival, sebuah acara muzik di Jepun yang juga bertemakan alam semulajadi. KEEN Jepun melalui KEEN Singapura mula mencari acara yang mempunyai konsep sama, dan mengajak Ambiearn untuk menjadi rakan penganjur bagi acara Lost Valley Gathering bermula pada tahun 2019.
“Untuk mereka yang suka camping, inilah masanya untuk korang camping sambil layan muzik tempatan yang kita curate special dan melibatkan macam-macam genre. Yang tak pernah datang, korang juga akan dapat kenal crowd Lost Valley ni geng-geng yang santai je. Untuk yang tak suka camping, kita ada jual pakej sekali khemah. Kira dah siap dah. Tak payah nak dirikan khemah dan kemas semula. Cuma datang bawa baju je.”
Dari segi keselamatan, Am menyatakan bahawa mereka mempuyna petugas yang akan berjaga pada waktu malam, dan setakat ini tidak pernah berlaku kes kecurian. Namun pada masa yang sama, peserta harus kekal berjaga-jaga dengan barangan berharga masaing-masing sepanjang acara.
Ambiearn sentiasa menambah baik acara mereka dari tahun ke tahun. Setiap kali penganjuran, segala kekurangan yang terdapat dari pengajuran sebelumnya akan dibaik-pulih. Contohnya, mereka bermula dengan sistem bunyi “kenduri kahwin”. Sistem bunyi itu menyebabkan ramai kumpulan yang menyatakan bahawa “sound” mereka tak “sampai”. Dengan itu, Ambiearn menaik-taraf sistem bunyi supaya barisan persembahan dapat memberikan persembahan yang lebih berkualiti.
Tahun ini, Lost Valley Gathering menampilakan barisan persembahan yang boleh tahan ramai, sudahpun setaraf mini-festival. Ini bukanlah lagi sebuah gig biasa. Malah lokasi perkhemahan boleh memuatkan sehingga 1,000 orang pada satu-satu masa.
“Tapi kalau dah cukup 500 orang aku tutup la jualan tiket, kot? Hahaha. Kira next year lah pulak. Sekarang pun dah nak dekat 500 orang beli tiket ni. Next year besar sikit lah kita buat. Tahun lepas dalam 300 je. Tahun ni 500 kita target. Next year kita naikkan lagi quota. Aku tak nak growth ni jadi terlalu mendadak sampai aku tak boleh nak adapt.” ujar Am.
Mari kita lihat beberapa artis yang akan membuat persembahan dalam Lost Valley Gathering 2023: