City ROARS! Festival 2023 Rayakan Semangat Alternatif Tulen!
City ROARS! adalah sebuah festival yang belum pun mencapai umur akil baligh. Dalam masa 5 tahun semenjak dianjurkan pada 2019, penganjur sudahpun merayakan muzik alternatif selama 4 kali, sekali setiap tahun. Itupun tahun 2021 tidak diadakan kerana wabak pandemik. Secara atas kertas, mereka tak pernah gagal semenjak 2019.
Apa yang membuatkan City ROARS! sebagai sebuah festival yang berani dan paling tidak membosankan pada ketika ini adalah kerana barisan persembahannya yang tidak berulang-ulang dan sukar untuk dijangka. Untuk melihat line-up yang repetitif seperti kebanyakan pengajur festival lain ketika ini adalah sangat susah. Makna kata, mereka percaya bahawa muzik yang hebat adalah muzik yang hebat, walaupun mungkin artis tersebut hanya mampu membawa 3 orang pembeli tiket ataupun hanya mempunyai 200 pengikut di media sosial.
Antara nama baru yang membarisi City ROARS! tahun ini ialah Awang Samrow, Dani Komari, Lost Spaces, Raksar, Roadiarc, dan Sonic Maha, manakala heavyweight seperti Sweetass dan Dirgahayu masih lagi menjadi kegemaran penganjur.
Menariknya kita juga akan disajikan dengan nama-nama yang senior seperti An Honest Mistake, Pesawat, Damn Dirty Apes, Muck dan Monoloque.
Soundscape selaku salah satu penganjur bukanlah nama yang asing lagi. Merekalah yang bertanggungjawab membawa nama-nama antarabangsa seperti MONO dan Elephant Gym ke Malaysia. Maka di sini kita boleh tahu kebolehan mereka mengemudi konsert berskala besar mahupun antarabangsa.
Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, barisan kali ini masih menyajikan muzik yang pelbagai. Lagi banyak kepelbagaian berbanding bazar Ramadan tahun ni. City ROARS! tahun ini diadakan selama dua hari di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) pada 29th April, dan sebuah persembahan ‘satelit’ “Rawrsome Asia” yang menampilkan barisan artis dari Asia Tenggara, yang akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 30 April.
Barisan persembahan Hari 1 –
Masdo, Last Dinosaurs (AU), Sweetass, An Honest Mistake, Awang Samrow, Bayangan, Damn Dirty Apes, Dani Komari, Dirgahayu, Fugo, Hormone Boys (TW), Loko, Lost Spaces, Muck, O.S.D (TW), Pitahati , Pesawat, Pitahati, Raksar, Roadiarc, Sonic Maha, The Filters , Wobbebong
Barisan persembahan Hari 1 –
Isyana Sarasvati (ID), Haru Nemuri (JP), Lilium (TW), monoloQue
Tiket sudah mula dijual dan boleh didapatkan di https://www.cloudjoi.com/shows/city-roars-festival-2023, Maklumat lanjut boleh dibaca di laman rasmi.