Balai Berita Junklist – 6 Januari 2022
Spooky Wet Dreams kembali melalui ‘Seru’
Beberapa bulan yang lepas, Spooky Wet Dreams telah mengumumkan mereka bakal kembali dengan album terbaru berjudul ‘Dewa Kotaraya’ selepas hiatus selama setahun. ‘Seru’ bakal menjadi single pembuka bagi album Dewa Kotaraya dan akan dilancarkan pada 17 Januari ini diikuti dengan video muziknya pada 24 Januari nanti. Apa yang menarik perhatian ramai adalah karya seni yang disebarkan oleh Spooky Wet Dreams di laman sosial mereka yang seakan komik pendekar lama ataupun ada juga yang mengatakan karya seni ini mengingatkan mereka kepada majalah mastika. Setuju? Yang penting hasil karya seni ini direka oleh sebuah kumpulan berbakat iaitu Kekabumi. Kudos!
Pautan :
Restraint pembuka siri Atas Angin Rock Show!
Atas Angin akan memulakan siri terbaru mereka iaitu Atas Angin Rock Show! pada 15 Januari ini dan memilih Restraint sebagai pembuka siri tersebut. Gig ini juga bakal disertai oleh dua lagi band iaitu Esclave857 dan Consecrate sebagai supporting band. Hubungi talian yang tertera di poster tersebut untuk mendapatkan tiket dengan harga RM55. Menurut Atas Angin, Atas Angin Rock Show! adalah sebuah gig bersiri. Persoalannya adalah siapa lagi yang bakal dibawa oleh Atas Angin bagi menjayakan siri ini? sama-sama kita nantikan.
Pautan :
LANGGAR! Vol 1 -Hip Hop kuasai ANGKASA
BLAH! dengan kerjasama Sirap Ais bakal mengadakan gig LANGGAR! VOL 1 bertempat di ANGKASA Event Space pada 8 Januari ini bermula jam 8 malam. LANGGAR! akan menampilkan Rudeen, Quai, Kungfu Heidi, MB Nikz, Against Mel dan Arunboii sebagai opening act. Anda boleh dapatkan tiket berharga RM50 dengan menghubungi talian yang tertera di poster ataupun RM60 secara walk in pada hari tersebut. Tiket terhad kepada 100 orang sahaja!
Pautan :
Zerophobia bakal lancar album sulung ‘Sinner’
Band post hardcore yang kian meningkat naik, Zerophobia bakal melancarkan album sulung mereka yang bertajuk ‘Sinner‘ tidak lama lagi. Bagi meraikan pelancaran album tersebut, Zerophobia akan mengadakan showcase pada 5 Februari ini bertempat di ANGKASA Event Space. Antara band yang turut serta dalam showcase ini ialah Patriots, Cycryptic, May Of Scarlet, Nemesys dan Elysian. Dengan harga tiket RM40 untuk early bird dan RM50 untuk pre-sale, anda bakal mendapatkan album fizikal Zerophobia secara percuma! Anda boleh menghubungi talian yang tertera di poster untuk proses pembelian tiket.
Pautan :