FILEM SKINHEAD ROMPAK ACAB?
“…bukan sahaja salah dari segala aspek tentang Skins (kecuali meniru cara berpakaian), tetapi juga telah menggunakan lagu-lagu A.C.A.B. ciptaan & tulisan Magskin tanpa kebenaran beliau…”
Beberapa jam yang lalu, ACAB melalui satu kiriman di Instagram mereka telah menyatakan bahawa terdapat sebuah filem telahpun menggunakan lagu mereka tanpa kebenaran yang sah.
Ophilia adalah sebuah filem yang diterbitkan sekitar tahun 2014 dan berkisarkan tentang tiga rakan skinhead yang bernama Uji, Ozzi Gandum dan Totoi. Mereka bertiga terlibat dalam satu kes pembunuhan. Pengarah filem ini, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin memenangi Pengarah Harapan terbaik bagi Festival Filem Malaysia ke-27.
Namun siapa sangka, beberapa tahun kemudian, kumpulan pelopor skinhead Malaysia, ACAB menyelar filem ini sebagai salah dari segala aspek tentang budaya skinhead, dan hanya lebih kepada cara hidup mat rempit.
OPHILIAR 🖕🏻! Filem 2014 menggunakan image Skinhead pada cara hidup mat rempit ini bukan shj salah dari segala aspek tentang Skins (kecuali meniru cara berpakaian) tetapi juga telah menggunakan lagu-lagu A.C.A.B. ciptaan & tulisan Magskin tanpa kebenaran beliau, tanpa sebarang pengetahuan atau kebenaran bertulis drpd pihak Publisher utk lagu-lagu A.C.A.B., tdk memaklumkan kpd MACP (Music Authors Copyright Protection) utk pembayaran royalty bagi penyiaran lagu-lagu A.C.A.B. di cinemas, radio/tv stations, internet & lain-lain serta tdk prnh memberikan sebarang bayaran atau royalty artist, composer & lyricist utk lagu-lagu A.C.A.B. mereka gunakan dlm filem ini. Walaupun mereka prnh memaklumkan tentang perkara ini namun tiada apa-apa bayaran prnh dibuat & apabila dihubungi utk menanyakan tentang hal ini, salah seorang pelakonnya hny menyatakan bhw produser filem ini telah mati?! Di manakah hak-hak kita sehingga orang lain boleh perlakukan dengan sesuka hati? Susah payah orang lain buat band menyanyi main muzik cipta lagu buat lirik, diorang boleh main suka-suka je pakai? LAKNATULLAHI ‘ALA AZZALIMIN!
Sekiranya benar, ia agak aneh kerana ini kali pertama kami mendengar filem bertemakan skinhead merompak daripada kumpulan skinhead. Biasanya hanya drama petang-petang sahaja yang menggunakan lagu tanpa izin.
Diharapkan perkara ini diselesaikan secara damai tanpa sebarang pertelingkahan lanjut dikemudian hari.