Browse By

Balai Berita Junklist – 30 September 2021

Konsert Nusantara – Kemuncak Ipoh Music Symposium 2021

Ipoh Music Symposium 2021 bakal membuka tirai 1 Oktober ini dengan pelbagai acara yang bakal diadakan. Antara acara yang bakal diadakan adalah simposium, forum, bengkel, diskusi dan acara kemuncaknya iaitu Konsert Nusantara. Konsert yang julung kali diadakan ini bakal menampilkan Dato’ M. Nasir, Margasatwa, Raksar dan Sada Borneo. Konsert yang mengetengahkan bakat nusantara ini boleh ditonton secara maya menerusi laman Youtube dan Facebook PORT IPOH pada 2 Oktober tepat jam 9 malam.

Pautan :

https://www.facebook.com/363741491223788/posts/932071421057456/?sfnsn=mo

Malaya, Roll Malam Ni – Sebuah kelainan yang dibawa Malaya Roll

Malaya Roll bakal mengadakan sebuah program yang lain dari kebiasaan mereka. Program ini bakal menampilkan Hadelina dan Cahaya Jais sebagai pemuisi diiringi alunan seruling dari Epi Hashim. Antara nama lain yang bakal terlibat dalam program Malaya, Roll Malam Ni ialah Brother Big dan Seir Rashid bagi sesi perkongsian pengalaman dan pendapat sepanjang berada di dalam ‘scene’ ini. Program yang berkonsepkan Belakang Tabir ini boleh ditonton secara maya malam ini, 30 September pada jam 8 malam di saluran Youtube Malaya Roll.

Pautan :

https://www.instagram.com/p/CUZ6yR0hXP3/

Gig Keluar Gua bersama Budak Nakal Hujung Simpang

The Saxophone Store bakal menganjurkan Gig Keluar Gua pada 15 dan 16 Oktober ini. Gig Keluar Gua ini bakal menampilkan band ska-reggae nusantara, Budak Nakal Hujung Simpang. Tiket yang berharga RM80 (termasuk baucar makanan) ini adalah terhad pada yang terawal sahaja. Jadi, dapatkan tiket anda sekarang kalau lambat merana! Budak Nakal Hujung Simpang juga baru meriliskan single terbaru mereka bulan lepas yang bertajuk Labu. Anda boleh dengarkan single terbaru mereka di semua platform muzik tersedia.

Pautan :

https://twitter.com/bnhsofficial/status/1442704036617019394

Saripdol umum ahli baru sempena Gig Balas Dendam

Kugiran Saripdol baru-baru ini telah mengumumkan ahli baru bagi band tersebut di laman sosial mereka. Menjadi perbualan ramai beberapa hari lepas siapakah gerangan yang bakal menyertai ‘super band’ tersebut dan akhirnya ianya terjawab. Wajah disebalik tirai tersebut ialah Ali Sariah dari Kugiran Masdo! Menariknya Ali akan menyertai Saripdol bagi debut sulungnya bersama kugiran itu dalam Gig Balas Dendam yang bakal berlangsung 9 Oktober ini. Dapatkan tiket anda sekarang untuk menyaksikan apa yang terjadi apabila Pak Maon bertemu gangster Kampung Dusun.

Pautan :

https://twitter.com/kugiransaripdol/status/1443094087515607040

Ruang Sempit by Atas Angin bakal kembali

Atas Angin telah mengumumkan bahawa edisi ketiga bagi Ruang Sempit bakal kembali tidak lama lagi. Antara pengumumkan lain yang dilakukan oleh mereka adalah barisan supporting act yang bakal beraksi bagi menjayakan edisi kali ini. Supporting act tersebut ialah Couple, Esclave857, Tulangkata, Izhar dan Klouds. Seperti yang kita tahu, gig pay-to-play ini telah membuka banyak peluang untuk band-band baru mencipta nama dan sememangnya ini adalah tempat yang sesuai bagi mereka yang baru menapak di dalam muzik industri ini. Jika anda orangnya, slot terhad telah disediakan oleh pihak penganjur untuk anda. Daftar dan bersedia untuk mencipta sejarah!

Pautan :

https://twitter.com/_atasangin/status/1442838621560524813