Browse By

KARAOKICK KEMBALI LAGI!

Sempena Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 diumumkan beberapa hari yang lepas, Rockstar Malaysia iaitu Myo Oh Chentaku telah membuat pengumuman di laman sosialnya menyatakan Karaokick 2.0 bakal kembali!

Sewaktu PKP 1.0 yang lepas, Myo telah mengadakan sebuah pertandingan nyanyian menerusi IG Live dan berjaya mencungkil bakat-bakat baru dengan hanya melalui IG Live.

Format pertandingan ini adalah sesiapa yang mahu menunjukkan bakat mereka haruslah join IG Live Myo setiap hari ahad pukul 10 malam. Mereka perlu ‘Request to Join Live’ dan apabila diterima tibalah masa untuk anda serlahkan bakat yang terpendam selama ini.

Peserta haruslah menyanyi mengikut tema yang disediakan dengan kreativiti sendiri. Jika persembahan tersebut tidak menarik bagi Myo, maka peserta itu akan di’kick’! Para pemenang bagi setiap episod pula disajikan dengan hadiah yang menarik seperti duit raya, merchandise dan percutian percuma.

Untuk season 2 ini, pertandingan akan bermula pada minggu hadapan di hari yang sama dan waktu yang sama. Pemenang Season 2 ini pula bakal membawa pulang hadiah yang menarik iaitu RM3500 dan berpeluang untuk merekod single baru bersama Myo! Gelanggang Karaokick bakal dibuka dengan tema ‘Emo Not Dead. Jadi serlahkan bakat anda wahai ‘penyanyi-ketika-memandu-atau-dalam-tandas’ sekalian!

Ikuti sosial media Myo Oh Chentaku untuk perkembangan terbaru Karaokick 2.0!