Browse By

Balai Berita Junklist – 26 Ogos 2021

#BebasDiMyPentas – Serlahkan bakat anda bersama MyPentas

#BebasDiMyPentas adalah sebuah platform anjuran MyPentas bagi mempamerkan bakat-bakat seni yang ada di Malaysia. Anda boleh menghantar video ‘live recording‘ anda di email@mypentas.com di dalam format MP4. Tarikh penyertaan akan ditutup pada 1 September 2021. Video yang terpilih bakal dipaparkan di Facebook MyPentas untuk diundi oleh orang awam. Pemenang bakal membawa pulang hadiah sebanyak RM2000 dan bakal diumumkan pada Hari Malaysia nanti. Jadi, inilah peluang terbaik untuk serlahkan bakat anda!

Ikuti laman sosial MyPentas untuk perkembangan yang lebih lanjut:

https://www.instagram.com/mypentas/?hl=en

Spooky Wet Dreams bakal kembali selepas hiatus

Berikutan dari poster yang dimuat naik oleh Spooky Wet Dreams di laman sosial mereka beberapa hari yang lepas, maka ‘Sayang, Tolong Buatkan Abang Teh’ sekali lagi. Spooky Wet Dreams bakal mengumumkan pengembaraan terbaru mereka pada 31 Ogos ini. Sudah pasti ini menjadi sebuah berita paling gembira buat kita semua pada bulan ini. Berita ini adalah susulan dari pengumuman yang dibuat oleh Spooky Wet Dreams pada November tahun lepas di mana mereka bakal ‘berehat’ selepas menutup kempen Koleksi Dendangan Untuk Masa Hadapan dengan lagu Tutur Dengan Bulan.

Ikuti sosial media Spooky Wet Dreams :

https://twitter.com/SpookyWetDreams

Toko Kilat bakal lancar dokumentari sempena 2 tahun Pemacu Api Tour 2019

Selepas 2 tahun Pemacu Api Tour, vokalis Toko Kilat, Edwin Raj umum mereka bakal melancarkan dokumentari sempena meraikan sejarah yang dicipta mereka. Edwin telah memuat naik video teaser bagi dokumentari mereka yang bertajuk Haru Biru Resah Gelora. Dokumentari tersebut bakal menceritakan pengembaraan mereka sepanjang ‘touring‘ ke 3 buah negeri di Malaysia bersama Noh Salleh. Sudah pasti kegamatan di Gasket Alley bagi konsert penutup mereka masih lagi segar di ingatan mereka yang hadir.

pautan :

https://www.facebook.com/700917703/posts/10159779551387704/

Kill This Thought – Kabus umum bakal lancarkan single terbaru

Band Indie Pop Rock dari Selangor, Kabus bakan melancarkan single terbaru mereka yang bertajuk ‘Kill This Thought‘ 31 Ogos ini. Menurut Kabus di laman sosial mereka, pandemik ini memaksa mereka untuk berehat dari muzik buat sementara waktu dan kini kembali dengan single terbaru ini. Kabus juga sempat untuk merakam disebalik tabir pembikinan Kill This Thought dan telah dimuat naik di youtube mereka.

Tonton disebalik tabir Kill This Thought di :

https://www.youtube.com/watch?v=FqZalRN2Wmw

The Riuh 4 Rakyat Show – umum dua tambahan persembahan

RIUH telah mengumumkan dua lagi artis yang bakal menceriakan pentas The Riuh 4 Rakyat Show. Lunadira & Reddirocket, dan Talitha. bakal sertai tiga lagi artis yang lain bagi menghangatkan pentas tersebut. The Riuh 4 Rakyat Show bakal dijalankan pada 27 Ogos ini dan anda boleh dapatkan tiket dengan berharga RM20. Tiga nama lain yang bakal melakukan persembahan pada hari tersebut adalah Airliftz, Mafidz dan Asyraf Nasir.

Dapatkan tiket di sini :

https://theriuh4rakyatshow.peatix.com/