Browse By

Balai Berita Junklist – 28 Julai 2021

Rakita bersama Levi’s Malaysia anjur peraduan Reka Cipta Kulit Lagu

Bersempena kempen Levi’s Music Project yang bakal memasuki Fasa 3, Rakita telah bekerjasama dengan Levi’s Malaysia dalam menganjur peraduan Reka Cipta Kulit lagu bagi finalis-finalis Levi’s Music Project. Peraduan ini telah dibuka sejak 26 Julai yang lalu dan bakal ditutup hari ini. Pemenang bagi peraduan ini bakal membawa pulang baucar Levi’s bernilai RM250. Gunakan #RAKITAXLEVISMY di semua sosial media untuk melihat hasil-hasil kreatif rakyat Malaysia!

Pautan :

https://twitter.com/Rakitamy/status/141952207056463872

Freedom A(r)t Home Fest umum 20 barisan penyanyi bagi sesi ‘Acoustic Live’

20 penyanyi bakal warnai pentas Freedom A(r)t Home Fest yang bakal berlansung pada 9 hingga 15 Ogos nanti. Antara nama yang bakal melakukan persembahan adalah Kolar Hijau, Dewataraya, Amrita Soon, Amir Aliff dan ramai lagi. Antara aktiviti lain yang bakal berlangsung dalam Freedom A(r)t Home Fest adalah Lepak Session, Art Market, Poetry Night dan Art Exhibition.

Tempah slot mengikut minat anda di sini :

https://linktr.ee/freedomarthome

RDJ REMIX – Buah tangan MIM sempena ulang tahun pertama Runut Dalam Jeda

Bagi meraikan ulangtahun pertama Runut Dalam Jeda, MIM bekerjasama dengan karyawan synthpop Malaysia, Late Night Frequency dan pemuzik ambien ANGQASA dalam menghasilkan sebuah EP remix, yang mempunyai 7 lagu keseluruhannya. Late Night Frequency dan ANGQASA berganding bahu dalam menghasilkan 3 buah lagu remix, iaitu Demon, Exequy dan Remedy, manakala lagu yang berbaki dalam RDJ:Remix dihasilkan sendiri oleh ahli kumpulan MIM, iaitu Neo Zora dan KG.

Tonton visual RDJ REMIX di sini :

https://www.youtube.com/watch?v=fZiwaNVd8bk

Keseluruhan EP boleh dilayari dan dibeli di pautan :

https://soundsofmim.bandcamp.com/album/rdj-remix.