Balai Berita Junklist – 3 Mac 2022
Abjad Aksara mula langkah pertama dengan ‘Bayang-bayang’
Pernah dikenali dengan nama ‘papastathopulous‘, kini mereka menjenamakan semula nama kumpulan menjadi Abjad Aksara atau lebih dikenali dengan Abjad. Lagu ‘Bayang-bayang‘ menurut mereka telah mula ditulis sejak tahun 2017 lagi dan akhirnya berjaya dilancarkan dibawah payung label Luncai Emas.
Secara kolektif, keempat-empat anggota Abjad Aksara bersetuju ‘Bayang-Bayang’ merupakan pemacu kepada musikaliti Abjad. Bertindak sebagai pengenalan dan pendahulu bunyian Abjad untuk lagu-lagu rakaman yang lain (dan akan datang) kepada para pendengar, pembikinan ‘Bayang-Bayang’ telah berjaya buka ruang kepada Abjad untuk bereksplorasi dan mencari haluan identiti bunyi yang diinginkan.
Tonton muzik video ‘Bayang-bayang‘ di saluran YouTube Luncai Emas.
Chendering – nukilan James Boyle yang diberikan nafas baru
Bihzhu hadir dengan ‘Chendering‘ yang merupakan sebuah lagu klasik nukilan komposer ulung tanahair iaitu James Boyle. Single ini turut hadir dengan sebuah muzik video arahan Chris Lim. Dikhabarkan penggambaran video ini telah dijalankan di dua lokasi berbeza serta mengambil masa selama dua hari.
Menurut Bihzhu, Idea asal adalah untuk membuat penggambaran di Pantai Chendering sempena tajuk lagu, tetapi ketika itu, risiko yang perlu ditanggung adalah terlalu tinggi. Oleh itu mereka terpaksa membuat perancangan baru untuk memastikan elemen keselamatan dan sekuriti diutamakan.
Dengarkan dan tonton ‘Chendering’ di saluran YouTube Bihzhu.
IQBAL x A. LIMIN acoustic show
Iqbal dan A.Limin bakal mengadakan persembahan akustik dan sesi meet and greet pada 11 dan 12 Mac nanti bertempat di SPace (atas borders tea), Kedah.
(Meet & Greet bersama band, snek & minuman)
Hari & Tarikh: Jumaat, 11 Mac 2022
Masa: 8 malam
Harga Tiket: RM35 (terhad 40 orang)
(Sesi Akustik bersama Iqbal, A.Limin, dan S.A.M)
Hari & Tarikh: Sabtu, 12 Mac 2022
Masa: 8 malam
Harga Tiket: RM60 (terhad 100 orang)
Harga Combo 11&12 Mac – RM75
Pertanyaan lanjut dan pembelian tiket boleh hubungi : www.wasap.my/+60126690243/space_ticket
Spunkdok membawakan Yang Keras-Keras Sahaja Melaka Tour 2022
Orang selatan siap siaga dengan kehadiran siri jelajah YKSS Melaka Tour 2022. Acara ini dibawakan oleh Spunkdok dan bakal menampilkan May Of Scarlet, Piring Terbang, Crazy Grizzly, Zerophobia, Patriots dan Naratu.
Tarikh & Hari: 5 Mac 2022, Sabtu
Masa: 3 petang
Harga tiket: RM25 (Early bird) / RM35 (Pre Sale)
Lokasi: Mugo X Masterpiece
Untuk pembelian tiket sila hubungi 011-37351908 atau 011 2734 7995. Tiada pembelian tiket di pintu dan khas untuk yang status vaksinasi penuh sahaja.
Freshtown Records sambut ulangtahun ke-5 dengan Knockedout Fest 2022
Freshtown Records merupakan sebuah label rakaman yang menjadi rumah kepada kumpulan Esclave857, Krusty, Consecrate dan Deceased (SG).
Mereka menyambut ulangtahun ke-5 penubuhannya dengan sebuah festival, dibarisi persembahan oleh nama-nama heavyweight Esclave857, Krusty, Consecrate, Triangle, Moneybag1327, WTNSS, Transitions, Damaged dan Servants.
Festival ini akan dianjurkan pada 5 Mac bertempat di Bsync Productions, KL, bermula pada pukul 1.00 petang. Persembahan pertama akan bermula tepat jam 3 petang.
Tiket berharga RM65 (termasuk satu kit RTK) terhad kepada 200 kemasukan sahaja. Pembelian tiket boleh dilakukan melalui pautan https://linktr.ee/fthc.
Ikuti laman Instagram Freshtown untuk maklumat terkini berkaitan Knockedout Festival 2022.
RIUH EK! memeriahkan warga Johor hujung minggu ini
Untung orang-orang selatan sebab banyak acara menarik sepanjang hujung minggu ini. Pasukan Riuh In The City bakal mengadakan pesta keramaian bermula 3 Mac hingga 5 Mac 2022. Terdapat gerai pop-up, makanan & minuman, persembahan seni & muzik, aktiviti dan bengkel kreatif disediakan. Antara kumpulan yang bakal menyertai persembahan muzik adalah Budak Nakal Hujung Simpang, Loko, Brainstew, Mafidz, Orkes A.Hizadin dan ramai lagi.
Untuk susun atur acara lengkap boleh kalian layari laman instagram @riuhinthecity.