Selamat Hari Wanita Sedunia 2022!
Sempena Hari Wanita Sedunia, kami senaraikan lagu-lagu dari pemuzik wanita tempatan atau paling kurang pun vokalisnya wanita yang kalian boleh dengarkan. Jom!
Kididanoto
Muncul dengan nama Kididanoto sekitar tahun 2021, mereka juga antara finalis Anugerah Lagu Indie 2021 yang mempertandingkan lagu ‘Kangen’. Rilisan di Spotify yang boleh didengari buat waktu ini adalah ‘Janji‘ dan ‘Kangen‘
*Seronok juga kalau ada band bergenre macam mereka ni di setlist gig.
Night Skies & Visions
Kali terakhir meriliskan material pada tahun 2021 iaitu EP berjudul Sugar, Spice & Some Things Nice. EP tersebut memuatkan 5 buah lagu dan terdapat 1 lagu berbahasa melayu. Yang baru mengenali Night Skies & Visions, boleh cuba dengarkan ‘Candy Store‘ sebagai pembuka selera.
Dubai Tax Fare
Dianggotai oleh 3 orang jejaka dan seorang gadis, Dubai Tax Fare membawakan lagu-lagu bergenre Indie Pop yang sangat mudah didengari. Hadir dengan rilisan pertama iaitu Blue pada 2019. Pernah disenarai pendek di acara Battle Of The Boom anjuran Hausboom pada tahun 2021 bersama 12 band yang lain. Dengarkan ‘Love Me‘ dan ‘Blue‘ di Spotify.
Judos
Langkasuka
Mungkin jadi gandingan sesuai bersama Kididanoto jika diletakkan di satu pentas yang sama. Langkasuka mempunyai keunikannya tersendiri dari segi lantunan vokal dan juga irama yang dibawakan. Pernah meriliskan sebuah demo yang habis dijual. Dengarkan lagu ‘Langkasuka‘ yang mungkin menarik minat anda untuk lebih mengenali band ini.
VANS MERAIKAN ARTIS DAN PENCIPTA WANITA MELALUI
“PROJEK INI ADALAH IKLAN UNTUK KREATIVITI”
Untuk Hari Wanita Sedunia, Vans meningkatkan kreativiti untuk memacu penceritaan yang berkuasa dan tujuan yang lebih besar. Sebagai ikon global ekspresi kreatif dan eksplorasi, Vans berbangga untuk membolehkan keluarga artis, pencipta dan pemula berkongsi perspektif unik, proses kreatif dan semangat mereka untuk cerita yang didorong oleh tujuan dalam kempen jenama pertama artis tahun ini “Projek Ini Adalah Iklan untuk Kreativiti.”
Pada tahun 2021, “Projek Ini Adalah Iklan untuk Kreativiti” memperkasakan lebih daripada 60 artis global untuk mencipta projek di seluruh dunia. Hari ini, Vans terus membina kolektif global itu dengan melancarkan satu barisan baharu yang membangkitkan suara dan komuniti wanita di seluruh dunia. Pameran projek itu menampilkan artis The Linda Lindas, Yang Liu Qing (a.k.a. Liu Liu 66), dan Coco Dávez. Dengan meraikan pelbagai bentuk kreativiti dan memberi penghormatan kepada individu berbakat di sebalik tabir, kempen tahun ini bertujuan untuk menyerlahkan tujuan dan mengangkat komuniti tempatan.
Terokai kempen penuh di Vans.com.my/OffTheWall, dan sertai kempen Vans di media sosial dengan menggunakan #OffTheWall untuk berkongsi cerita kreativiti anda sendiri.