Browse By

Balai Berita Junklist – 11 Ogos 2021

NO GOOD, LUST, Ramayan dan Shelhiel bakal beraksi dalam ASEAN Music Showcase Festival 2021

Edisi ke-2 bagi ASEAN Music Showcase Festival bakal berlangsung 11 hingga 13 September ini secara maya. Sebanyak 28 pemuzik dari 7 buah negara serata Asia Tenggara bakal melakukan persembahan sepanjang dua hari festival ini berlangsung. Empat daripadanya adalah pemuzik dari tanah air kita sendiri iaitu NO GOOD, Ramayan, LUST dan Shelhiel. Pada hari ketiga, para pemuzik berpeluang bagi sesi ‘one-on-one’ bersama professional industri muzik global. Antara pemuzik negara lain yang bakal terlibat dalam festival ini ialah dari Indonesia, Singapura, Thailand, Filippina, Kemboja dan Vietnam.

Pautan :

https://www.facebook.com/aseanmusicshowcasefestival/?ref=page_internal

Layan seni dari rumah, pentas ‘Freedom A(r)t Home Fest’ telah dibuka

Sudah masuk hari ketiga semenjak pentas Freedom A(r)t Home dibuka pada Isnin yang lepas. Festival yang berlangsung selama tujuh hari ini juga melibatkan ramai anak seni dari sudut muzik, puisi, lukisan dan banyak lagi. Bagi sesiapa yang terlepas akan persembahan sebelum ini, usah bimbang anda mempunyai 4 hari lagi untuk melepaskan rindu anda akan seni. Kami juga telah menyediakan artikel panduan Freedom A(r)t Home Fest bagi memudahkan anda. Klik di sini.

Ikuti Instagram Freedom A(r)t Home untuk perkembangan yang selanjutnya :

https://www.instagram.com/freedomarthome/

Alam Bunyian FM – Usaha Alam Bunyian promosikan pemuzik tempatan di Clubhouse

Alam bunyian dengan kerjasama Tapau Asia dan Junklist telah memulakan program baru bernama Alam Bunyian FM di Clubhouse pada Ahad yang lepas. Program yang berkonsepkan radio ini bertujuan untuk mempromosikan bakat-bakat yang ada di tanah air ini. Para pemuzik boleh meminta untuk lagu mereka dimainkan dengan menghantar emel ke alambunyianmy@gmail.com atau secara terus di media sosial Alam Bunyian.

Ikuti sosial media Alam Bunyian untuk info yang selanjutnya:

https://twitter.com/AlamBunyian

Bentala – Muzik Video terbaru dari kugiran rock, Raksar

Raksar telah melancarkan muzik video terbaru mereka bertajuk Bentala pada penghujung Julai yang lepas. Bentala adalah single ketiga mereka yang dipetik dari mini album sulung mereka bertajuk Bentala. Menurut Raksar, lagu ini berkisar tentang peperangan & persengketaan sesama manusia oleh kerana permainan orang atasan. Muzik video ini diarah dah disunting penuh oleh Azzim Luqman.

Tonton di sini:

https://www.youtube.com/watch?v=Rf8UBCscBCY