‘SEGALANYA’ UNTUK ANDA DARI COLOR HEART
Saat ini, kita sebagai peminat muzik tempatan haruslah berbangga kerana pemuzik tanah air kita aktif melancarkan material-material baru dari mereka. Kali ini kami bawakan kepada anda rilisan terbaru dari Color Heart yang bertajuk Segalanya. Single kedua mereka ini baru sahaja dilancarkan beberapa hari yang lepas.
Menarik berkenaan single ini adalah ianya di’mix’ secara lansung oleh JD Wong dalam MixStream episod yang ke-17. Trivia berkenaan Color Heart pula adalah kedua-dua gitaris mereka iaitu, Megat Yaesree dan Afiq PB telah berada dalam senarai artis blacksmithstring.com.
Anda juga boleh mendengarkan lagu ini di platform yang lain iaitu Spotify, Deezer, Apple Music dan Joox. Ikuti perkembangan terbaru Color Heart di semua laman sosial mereka!