Balai Berita Junklist – 4 Ogos 2021
Freedom A(r)t Home Fest – Pentas penghargaan buat anak seni
5 hari lagi sebelum ‘Freedom A(r)t Home Fest’ membuka tirai pada 9 Ogos ini. Bagi yang rindu untuk mendengar puisi atau penyanyi kegemaran anda secara langsung, anda boleh melepaskan rindu dalam sesi Poetry Night dan Acoustic Session. Terdapat juga sesi Art Exhibition yang bakal diacarakan oleh ARTO Movement. Mosyuki Borhan, Iedil Putra dan Wani Ardy pula bakal mengacarakan sesi Lepak Session pada hari terakhir feestival dengan membincangkan topik ‘Art & Performance During Pandemic’. Antara sesi-sesi lain yang bakal dijalankan sepanjang festival ini berlansung juga adalah Crowdfunding dan Virtual Art Market.
Tempah slot anda di sini :
Selamanya – Dendangan positif tentang persahabatan dari Joyberry
Band alternatif synthpop dari Sungai Petani, Joyberry bakal melancarkan single terbaru mereka yang bertajuk Selamanya pada 7 Ogos ini. Selamanya adalah single ketiga mereka yang dipetik dari debut album mereka yang bakal dirilis nanti. Menurut Joyberry di laman sosial mereka, lagu ini ditulis berkenaan persahabatan dan perjuangan khusus untuk rakyat dan negara tercinta Malaysia.
Ikuti sosial media Joyberry untuk perkembangan yang lebih lanjut di sini :
Budak Nakal Hujung Simpang teruskan pesanan dalam lagu menerusi single terbaru ‘Labu’
Band Ska Reggae Nusantara, Budak Nakal Hujung Simpang telah memuatnaik video ‘live session‘ bagi single terbaru mereka bertajuk Labu yang dirakam di Kamar Seni Studio. Menurut penulis lirik lagu iaitu John Bear, kritikan sosial yang dibawa dalam lagu ini adalah agar pendengar dapat berkongsi rasa, pengalaman dan berfikir sejenak supaya dapat menasihati diri supaya tidak mudah ditipu dunia. Dengan rilisan ini juga, Budak Nakal Hujung Simpang memaklumkan bahawa album kedua mereka bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Tonton video Live Session single terbaru Budak Nakal Hujung Simpang di sini :
” Cirit or Die” – Kolaborasi Hyke Nasir dan Suffren Ghafar mengenai isu semasa
Vokalis Hacktick!, Hyke Nasir telah bekerjasama dengan bassist Budak Nakal Hujung Simpang, Suffren Ghafar dalam projek terbaru mereka iaitu “Cirit or Die”. Video pendek kolaborasi ini telah dimuatnaik di dalam sosial media masing-masing pada 1 Ogos yang lalu. Lagu yang berdurasi 59 saat ini sudah cukup untuk menggambarkan apa yang telah berlaku sepanjang pandemik ini. Moga kita semua terus tabah!
Tonton di sini :
I Will Try – Weng raikan semangat DIY punk menerusi muzik video terbaru
Kugiran ska punk dari Kuala Lumpur, Weng telah melancarkan muzik video bagi single mereka bertajuk “I Will Try”. Lagu ini adalah salah satu lagu di dalam EP pertama Weng “Is This Even Skapunk?” membawa mesej untuk tidak sesekali berputus asa apabila menghadapi cabaran hidup. Penghasilan muzik video ini meraikan semangat DIY punk di mana pengambaran dan juga proses mengedit video dilakukan sepenuhnya oleh ahli-ahli kugiran Weng sendiri. Anda boleh dengarkan EP pertama kugiran ini di semua platform digital yang ada.
Tonton muzik video I Will Try di sini :