Kekal Tradisi Tahunan, Paso Bumbong Kembali Dengan Konsep ‘Retro In The City’!
Poster Paso Bumbong
Ditulis Oleh: Adlin Dayana
Sejak lebih sedekad menjadi acara wajib tahunan untuk warga Johor, JOHO kembali menganjurkan Paso Bumbong 2022 untuk pertama kali sejak pandemik. Setelah tiga tahun ‘berehat’, JOHO bertekad membawa Paso Bumbong dengan kelainan istimewa yang bertemakan ‘Retro In The City’ sebagai konsep tahun ini. Menjadi acara yang terkenal dengan konsep ‘cuci mata’ sambil berhibur, The Topp, Toppen Shopping Centre menjadi ‘comeback venue’ Paso Bumbong yang akan berlangsung pada 30 April 2022 nanti.
Sebagai acara yang mengangkat bakat tempatan, Paso Bumbong menjadi tumpuan untuk jenama tempatan seperti AkuDesign, Section, Voltra, Abstrax dan Tims Clothing untuk disertai bersama. Lebih daripada 30 vendor pakaian, aksesori, makanan dan minuman yang akan memeriahkan acara yang dinanti-nantikan ini, Paso Bumbong merupakan tempat ideal perniagaan besar mahupun kecil untuk berkembang.
Tidak lengkap rasanya tanpa persembahan daripada band-band tempatan, JOHO menampilkan Statik, Pesawat, The Humming Birds, Spooky Wet Dreams, dan Fi7i untuk santai bersama di Paso Bumbong nanti. Sesuai dengan tema ‘Retro In The City’, nantikan penampilan istimewa The Pinholes untuk pertama kalinya sejak sempadan Singapura – Malaysia dibuka. Orang ramai dijemput hadir memeriahkan acara ini dan ikuti @johoevents dan @johobaru di laman Instagram untuk lebih info! Jumpa anda di sana!