Senarai Putar Hujung Minggu 34/21
Ahad telah kembali lagi, maka begitu juga dengan 5 lagu baru buat anda selaku para peminat muzik alternatif tempatan.
Warnabumi – Lari Sendiri
Warnabumi adalah sebuah band rock alternatif original dari Pulau Pinang dan bermula pada tahun 2019. Band ini dianggotai oleh Abu, Pulip, Gee dan Dwan. Selain mengfokuskan kepada elemen rock, mereka juga menyulamkan karya mereka bersama elemen-elemen yang lain seperti blues, balada, hard rock dan folk. Lari Sendiri pula merupakan sebuah single terbaru mereka selepas rilisan EP bertajuk Rasa yang mempunyai 5 buah lagu kesemuanya. MV lirik Lari Sendiri ini telah dicipta sendiri oleh Warnabumi dengan menggunakan Winamp Player bersama visual dan baris lirik lagu. Pasti generasi Winamp akan merasai nostalgia menggunakan aplikasi ini pada suatu ketika dahulu.
For Marie – Saturday Night Life
Gabungan post punk dan rock alternatif oleh For Marie adalah gabungan anak muda Syahir Said, Azmeer Razak dan Kashfil Shafri. Melalui rilisan Saturday Night Life dan Barricade, keduanya mempunyai pengaruh artis seperti Linkin Park, My Chemical Romance dan Bring Me The Horizon. Terdapat juga penekanan pada lisan lagu oleh Syahir Said selaku penyanyi utama For Marie. Mereka menjelaskan bahawa lagu ini ditulis melalui kanta seorang manusia yang dibelenggu dengan fikiran yang celaru dan membuntukan.
Sitadewi – Bukan Malaikat
Sitadewi adalah sebuah band yang ditubuhkan pada tahun 2004 di Melaka. Band ini telah dianggotai oleh Nizam (vokal & gitar) dan Syukor (drum). Bersama ahli awal yang lain, perkenalan mereka di kolej adalah dasar minat di dalam bidang muzik dan aktif bermain di gig-gig kecil, sekolah, IPtT dan program TV. Pada tahun ini mereka telah menaruhkan Bukan Malaikat, sebuah lagu yang telah lama disimpan sejak tahun 2008. Lagu ini adalah sebuah batu loncatan buat Sitadewi agar mereka bangun dari lena dan meneruskan minat mereka ini.
NA1R – Astralis
Ajith Nair atau mahu dikenali sebagai NA1R berasal dari Kuala Lumpur dan ingin memulakan perjalanan solonya dengan rilisan bertajuk Astralis. Lagu ini adalah sebuah lagu rock alternatif ianya adalah berkat usahanya sendiri. Karya ini mempunyai adunan synth, gitar dan instrumen yang lain. Astralis telah membawakan satu naratif rasa perkongsian cinta terpendam dan sentiasa bermain di dalam kaca mata emosi wataknya. Selaku pemuzik dan producer, Ajith Nair juga mempunyai perancangan untuk mengetengahkan elemen muzik rock yang lain seperti math rock, pyschedelic rock dan shoegaze.
lost spaces – kodak
Aluran muzik psychedelic dan synth pop 80an adalah imej lost space yang bermula pada tahun 2016 dan terus memeriahkan industri muzik sehingga ke Bangkok, Taipei, Jakarta dan Singapura. Selaku frontman, Samuel Lopez telah mendeskripsikan kodak ini adalah sebuah single pertamanya sebagai pemuzik independen secara total. Lagu ini menceritakan tentang perasaan dan perjuangan masa depannya dan telah menggunakan analogi filem kamera tentang ketidakpastian masa depannya. Oh no, you should not give up lost space. Selepas kelahiran album estetik no-vacancy, EP digital-paranoia dan kodak, yang seterusnya pasti akan dinantikan oleh peminat lama dan baru anda. Teruskan berkarya!