Browse By

Balai Berita Junklist – 15 September 2021

Las Minuit Acoustic Session – acara fizikal “santai” setelah sekian lama

Las Minuit Acoustic Session adalah sebuah acara ‘intimate’ yang dianjurkan oleh Space Twang dan Atas Angin bertempat di Angkasa Space pada 17 September ini jam 8.30 malam. Acara ini bakal menampilkan 2 nama yang tidak asing lagi iaitu Kimal dari Margasatwa dan Hyke dari Hacktick!. Mereka bakal membawakan beberapa buah lagu secara akustik sebagai ‘lepas rindu’ buat peminat mereka. Anda boleh dapatkan tiket yang berharga RM35 dengan menghubungi Bam seperti yang tertera di poster dan hanya 50 orang sahaja yang dibenarkan. Sebelum membeli tiket pastikan anda sudah lengkap dua dos vaksin dan anda perlu mematuhi SOP yang telah penganjur sediakan bagi keselamatan bersama.

Pautan :

https://twitter.com/ArifBam/status/1437810548423331840

Pelayaran kedua Sekumpulan Orang Gila bakal bermula

Sekumpulan Orang Gila baru-baru ini telah mengemumkan menerusi laman sosial mereka bahawa album yang dinanti ramai, “Second Voyage” bakal dilancarkan pada 25 September ini. Album yang dirakam sewaktu projek mereka ke Paris pada 2018 ini adalah hasil air tangan Bert dan Eric Poncet dari band Chunk! No, Captain Chunk yang bertapak di sana. Anda boleh dapatkan album ini di laman sesawang SOG pada 25 September ini dan bagi pengguna iTunes, anda boleh melakukan pre-order album ini mulai sekarang.

pautan :

https://www.sekumpulanoranggila.com/

Video muzik baru khas buat RAKYAT dari Hacktick!

Band pop-punk, Hacktick! bakal melancarkan video muzik terbaru pada 16 September ini. Menurut Hacktick! di laman sosial mereka, video muzik ini adalah khas buat rakyat di Malaysia. Anda boleh menonton video muzik terbaru mereka ini di https://live.tapau.asia/ esok jam 9 malam. Seperti yang kita tahu, karya Hacktick! tidak pernah mengecewakan terutama debut EP mereka “Dog Days Diaries: A Self-Help Book”. Jadi sama-sama kita nantikan apa yang mereka bakal tampilkan esok.

pautan :

https://twitter.com/hacktickmusic/status/1437734261214220292

Orang Kita – Azmyl Yunor tampil dengan video muzik terbaru sempena Hari Malaysia

Azmyl Yunor bakal melancarkan video muzik terbarunya yang bertajuk Orang Kita pada 12 malam ini sempena Hari Malaysia. Video muzik ini diarah oleh Alina Wong dan diterbit oleh Azmyl Yunor sendiri. Orang Kita dipetik dari album “John Bangi Blues” dan hanya boleh daptkan album secara fizikal sahaja. Anda boleh dapatkan album ini di kedai muzik berhampiran ataupun dengan menghubungi Azmyl Yunor di media sosialnya.

Sama-sama kira mulakan sambutan Hari Malaysia kita dengan menonton Orang Kita di sini :

https://www.youtube.com/watch?v=F1JbpH1V2HA