Surat Terbuka Untuk Yuna -Kami-Na Lagu Ini Untuk Yuna Live in KL
The lovely Yuna, our “indie queen” (seperti yang diangkat sesetengah orang) menggoncang buana X (Elon, tolong fahami bunyinya sungguh jijik untuk diletakkan dalam artikel) apabila memuatnaik sekeping gambar seperti berikut:
What do you wanna hear KL?? pic.twitter.com/RxFlJjlGlF
— YUNA (@yunamusic) July 26, 2023
Sah, petanda jelas Yuna akan membuat konsert di Malaysia. Apatah lagi dengan keluaran album baharu, Masih Yuna yang mengandungi 4 lagu bahasa Melayu.
Jadi apabila ditanyakan soalan begini, saya revisit lagu-lagu lama beliau. Di sinilah saya diingatkan betapa title “queen” adalah deserving, lagi-lagi bila menyedari lagu-lagu Yuna ketika itu dikarang dan ditulis sendiri.
Maka ini adalah petisyen untuk Yuna memainkan lagu-lagu underrated beliau!
1. Backpacking Around Europe
Lagu ini membuatkan kita seolah-olah memang berada di dalam memori Yuna yang sedang berada sekitar Mont Blanc ataupun di gigi tasik Bled, mungkin kesan daripada permainanan sayup guitar swell. Syahdu.
“In seven different languages I learn how to say hello” membuatkan saya yang ketika itu berumur 19 tahun pergi ke cyber cafe berdekatan dan melakukan cari Google tentang 7 cara kita boleh sebut hello di Eropah.
Tetapi liriknya, oh well, lebih kepada perasaan cinta terhadap seseorang yang dijumpai di Eropah. Jadi anda tak perlu kecewa sekiranya ini bukanlah lagu yang liriknya menyediakan itinerary untuk melancong ke Eropah mahupun jenama backpack yang terbaik patut dibeli untuk melancong.
Atau sebenarnya memang ini perlambangan perasaan beliau yang rindu akan sesebuah negara yang pernah beliau pergi. Mungkin saya yang ambil lirik lagu ini pada surface value. Who knows. Kalau Yuna baca artikel ni, harapnya beliau dapat terangkan adakah lagu ini tentang seseorang yang berada di negara lain ataupun ianya hanya perlambangan terhadap satu lokasi/negara.
2. After Midnight
Masih lagi dari terbitan swanama Yuna tahun 2010. After Midnight adalah lagu tema untuk kekasih psikotik yang sangat posesif terhadap pasangannya. Bayangkan A Little Piece of Heaven, tetapi dalam nuansa yang lebih comel. Lagu ini sempurna, dari penggunaan efek yang tepat, permainan piano, dan susunan suara latar. Penulisan lirik? Ini adalah lirik yang sudahpun mencecah status nirvana. Nothing beats this.
“After midnight I shall kidnap you from the world / And I’ll keep you in my room”
“After midnight I shall take you to a place / Where no one else should know of”
“You are exactly where you supposed to be / And if they come for you / They would have to find me”
“I shall stay awake / And if you chose to close your eyes now / Hush now my love / I’ll watch you sleep”
Rangkap yang bertalu-talu menunjukkan sifat posesif yang mutlak. Bayangkan berada dalam satu hubungan yang seolah tiada jalan keluar, atau jalan keluarnya hanya satu – dengan mengatasi pasangan anda. Aduh, cukup suffocating.
“Stay / Keep me awake / Keep me amazed / Only for today / Keep me dazed / My love is yours only”
Kemuncak episod psikotik ini tiba di pertengahan lagu ketika Yuna mengalunkan “Stay” dan disahut oleh gitar agresif-overdriven di belah kanan. Saya sungguh agungkan bahagian ini kerana perkataan “stay” yang dinyanyikan Yuna lembut, tetapi gitarnya yang menyebabkan kita faham ini adalah satu paksaan dan arahan yang akan mendatangkan bala sekiranya diingkari.
Sudah hampir 15 tahun lagu ini tetapi kegilaan saya terhadap lagu ini masih tidak dapat dihentikan. Lebih gila dari the cheesy Dan Sebenanrnya. Sorry, Yuna.
3. Super Something
Untuk peminat baru Yuna, dan mungkin baru mendengarkan lagu ini selepas membaca artikel ini, mungkin akan tertanya-tanya apa hal ada (Libresse) di hujung tajuk lagu ini.
Lagu ini memang ada kaitan dengan produk tersebut. Yuna bekerjasama dengan produk tersebut untuk sebuah kempen. Saya tak mahu bercerita lanjut pasal produk tersebut. Anda boleh lakukan carian Google. Apa yang menarik pasal lagu ini ialah, lagu ini menunjukkan sisi “rock” Yuna, dengan tempo lagu yang lebih pantas berbanding repertoire Yuna yang lain ketika itu.
Dan satu lagi fakta (ini mungkin kesan Mandela) tapi saya rasa lagu ini liriknya dibuat berdasarkan idea-idea dari peminat beliau sendiri. Tapi saya tak jumpa pula bukti berkaitan perkara ini. Berdasarkan memori samar saya, Yuna mengajak sekumpulan peminat beliau untuk membantu beliau melengkapkan lirik bagi lagu ini. Tapi fakta ini mungkin salah. Jangan percaya sangat.
4. Coffee
Lagu ini, wajib didengar menggunakan earphone ataupun headphone terbaik yang anda ada, hirup seteguk kopi dan pejamkan mata. Bergantung kepada tahap tolenransi anda, lagu ini boleh buatkan anda melayang dengan bunyi piano elektronik yang beralun. KHAYAL!
Guitar? Yucks. Apa tu? Lagu yang tak perlukan bunyian elektronik ataupun bunyian gitar. Cukup sekadar piano elektronik ala Rhodes dan sedikit permainan strings.
“In high definition I’m dreaming of you” adalah satu baris indah yang saya tak kisah untuk ulang-ulang mendengarnya. Jika lagu ini terbit masa saya bersekolah dahulu, sudah pasti baris ini akan termaktub dalam surat cinta yang saya tujukan kepada orang yang saya nak try. Lulz.
5. Memo
Lagu yang paling underrated dalam album ini sendiri.
Punyai build-up yang baik sehinggakan dinamik yang ingin ditonjolkan betul-betul terasa. Setiap kali korus pasti buatkan saya rasa nak headbanging.
Coz I’ll be your wall
For you to lean on
And when you fall just try to hold on
I’ll be back in your arms
Untuk kaum lelaki yang tak reti nak karang comforting words jika pasangan merajuk, nasihat saya gunakan apa yang ada. “Coz I’ll be your wall / For you to lean on” adalah ayat yang paling uwu anda boleh bagi kepada pasangan anda.
And the way tha Yuna shouts this line betul-betul memberi impak yang buatkan saya rasa “ikhlasnya awak nak jadi dinding ya?”. It’s so good!
Banyak lagi lagu Yuna underrated yang lain. Kongsikan anda punya pendapat please? Dari terbitan pertama lagi penulisan beliau adalah satu khazanah. Bukan sekadar lagu cinta, tapi ia adalah novel yang boleh dibaca berulang-ulang kali.
Saya tutup tulisan saya dengan lagu Hujan ft Yuna. Sebab, mungkin ramai yang tak tau pasal lagu ni. Hehe.