Browse By

Jangan Mencabul, Bodoh!

Pada 1 Januari yang lepas, LUAS, sebuah media yang banyak berpaksikan kepada rakaman visual persembahan langsung, telah menganjurkan sebuah konsert melibatkan 6 kumpulan. Rata-rata pengunjung memberikan maklumbalas positif dan kebanyakan pembeli tiket memberikan sokongan 100% kepada semua kumpulan yang bermain pada hari tersebut.

Antara yang berpanggung di Pesta LUAS yang bertempat di Bsync Production ialah Iqbal M., Hacktick!, RUNS, Late Night Frequency, KahKahCelaka, dan LOKO. Kesemua 200 tiket habis dijual beberapa hari sebelum acara bermula.\

Namun, semasa acara ini, terdapat beberapa perkara yang tidak menyenangkan berlaku. Perkara ini sudahpun lama berlegar dan dibincangkan dalam pergerakan alternatif tempatan, dimana seorang jantan bodoh dan lemah yang tidak pandai menjinakkan nafsunya dikesan meraba dan melakukan gangguan seksual terhadap salah seorang pengunjung perempuan yang turut hadir bersama pada malam itu.

Tidak membuang masa, Hacktick! selaku kumpulan yang turut membuat persembahan malam itu merasa terkesan dan lantas mengeluarkan sebuah video mengecam perbuatan tersebut.

Menurut mereka, mangsa juga merupakan kenalan rapat mereka. Lantaran itu, beberapa langkah telah diambil oleh penganjur bagi mengesan si jantan cilaka tersebut. Hasilnya, jantan cilaka tersebut telah dikesan dan poster rasmi dikeluarkan bagi membolehkan orang ramai mengesannya. (Nota: Muatan Twitter sudah dipadam oleh pihak penganjur).

https://twitter.com/my_luas/status/1478286055241445377
Bagi sesiapa yang mengenali makhluk terkutuk ini, mohon membantu pihak pengajur dan mangsa yang teraniaya dengan menghubungi pihak LUAS. Pelaku akan diminta untuk berhadapan dengan situasi ini dan bertanggungjawab terhadapa perbuatan tersebut.

AMARAN: SEKIRANYA TERJUMPA, MOHON JANGAN GUNAKAN KEKERASAN! ELAKKAN KES MENJADI BERLARUTAN!

Amat jarang pelaku perbuatan ini ditangkap, namun kali ini ia berjaya dikesan dan tidada toleransi akan diberikan.

Diharapakan muka jantan ini ditampal di seluruh pelusuk ruang acara gig dan konsert bagi memberi pengajaran terhadap semua bahawa tiada toleransi terhadap perbuatan jijik dan terkutuk ini.

Jadikan ruang acara sebagai ruang yang selamat. Anda tidak berhak terhadap tubuh badan orang lain.

DILARANG JADI BODOH, BODOH!