SANTAI MALAM FINALE LIVE SEMPENA HGK
Bersempena Hari Gig Kebangsaan tidak lama lagi, Malaya Roll menganjurkan ‘live show’ Santai Malam Finale edisi #HGK pada 11 April nanti bertempat di Rockin Jamz Hall, Johor Bahru.
Antara band/solo yang terlibat dalam Santai Malam Finale ini adalah Ali Idris, Triogg, Jemput Dengar, Paloq, DainBRamageD, The Lawra, Beat Minor dan Popscene.
Acara ini dijalankan susulan daripada sesi Santai Malam yang sedang dianjurkan oleh Malaya Roll selama 30 hari. Sesi ini melibatkan beberapa nama besar tanah air dan juga jiran, Indonesia. Antara yang terlibat adalah Rudeen, Servants, Fourtwnty, LOKO, Khodi dan ramai lagi! Bacaan lanjut di sini.
Tiket adalah terhad kepada 50 pax sahaja dah anda boleh dapatkan segera dengan harga RM40 di talian 01151413289.
Buat teman-teman di sekitar Johor, ini lah masa yang sesuai untuk anda lepas gian dengan memberi sokongan kepada band-band tempatan terutama dari Johor. Dapatkan tiket anda segera!