TUTUP KALAM – PERSEMBAHAN TERAKHIR RUNUT DALAM JEDA
Setelah hampir satu tahun pelancaran Runut Dalam Jeda, Tutup Kalam adalah sebuah persembahan terakhir daripada MIM dalam membawakan lagu-lagu daripada rilisan tersebut.
Selama 1 jam 30 minit, penonton akan disajikan dengan lagu-lagu daripada rilisan Runut Dalam Jeda dan dalam pada masa yang sama, mereka bakal membawakan lagu-lagu baru daripada rilisan mereka yang seterusnya buat pertama kali.
Hadirin Tutup Kalam juga bakal menyaksikan perubahan terkini ahli kumpulan MIM, yang turut membawa kepada perubahan sonik dalam muzik mereka; dimana MIM kini mempunyai nyanyian vokal dan susunan muzik yang lebih pelbagai berbanding sebelumnya.
Tiket boleh didapati dengan harga RM30 di http://wasap.my/60134708151. Manakala harga tiket adalah RM25 untuk ahli Secret Society. Anda boleh menjadi ahli Secret Society dengan hanya menyertai group telegram mereka di t.me/mimsecretsociety.
Tutup Kalam dianjurkan oleh Stesenseni, Damansara Perdana, dan mendapat sokongan daripada Music Addicts Malaysia.