TRANSITIONS X SERVANTS – GIG BUAT ANAK-ANAK EMO
Dari pentas Laga Maya ke ‘Triple Threat Sessions’, kini mereka sekali lagi berganding dalam gig atas talian ‘TRANSITIONS X SERVANTS’ yang bakal diadakan pada 20 Mac ini.
Sebanyak 16 buah lagu yang bakal dibawakan oleh kedua-dua band di dalam gig yang bakal berlansung di Angkasa Event Space ini. Anda boleh mendapatkan tiket berharga RM20 untuk gig atas talian ini dengan menghubungi talian 012-2710040.
Transitions dan Servants ialah dua buah band yang bertapak di Lembah Klang dengan membawa genre muzik yang agak sama seperti ‘emo post-hardcore’.
Mereka telah berganding di dalam beberapa siri projek sebelum ini termasuklah di pentas Laga Maya, dimana Transitions memanggil Servants, Rudeen dan Orked untuk sama-sama menjayakan lagu Mimpi nyanyian asal K-Clique.
Gitarist/keyboardist Transitions iaitu Izmal juga merupakan producer bagi debut EP Servants, ‘Holding On While Letting Go’ dan beberapa muzik video rasmi Servants.
Jadi sudahkan anda bersedia untuk ‘menyendu’ beramai-ramai pada malam 20 Mac ini? Jangan lepaskan peluang ini dan ikuti perkembanyak kedua-dia band di laman sosial mereka kerana dengan pengumuman gig ini, mungkin akan ada teaser-teaser material baru mereka!