DRUM COVER FANTASIA BULAN MADU PALING EPIK
Untuk seseorang membuat drum cover yang mampu memberi impak kepada penonton amatlah sukar kerana ianya memerlukan tenaga yang banyak, penghayatan terhadap lagu itu sendiri dan kepekaan yang tinggi. “Say no more“, kata Yol dari Color Heart. Beliau berjaya menyampaikan perkara tersebut di dalam video drum cover terbaru beliau menerusi lagu Fantasia Bulan Madu.
Fantasia Bulan Madu adalah sebuah lagu dari kumpulan rock Legend Malaysia iaitu Search. Bagi seorang drummer, lagu ini amatlah sukar kerana mereka harus memberi sepenuh tenaga untuk memastikan penyampaian lagu ini berjaya dengan not-not yang betul. Dengan kesabaran yang ada dalam diri Yol bermodalkan baju Subang, beliau berjaya mengharungi cabaran dalam menyampaikan lagu ini. Terimalah drum cover High Castle Studio paling epik pernah anda saksikan, Fantasia Bulan Madu dari Yol.