BATTLE OF THE BOOM UMUM SENARAI PENDEK PERTAMA!
Setelah berakhirnya proses uji bakat 2 hari yang lepas, Battle Of The Boom telah mengumumkan kumpulan pertama yang layak ke peringkat yang seterusnya.
Sebanyak 13 band yang telah disenarai pendek untuk kumpulan pertama ini. Berikut adalah senarai band-band yang layak:
- Maddame (Malaysia)
- Meteorix (Malaysia)
- The Rudean (Malaysia)
- Santosh Logandran (Malaysia)
- Zerophobia (Malaysia)
- Hurricane Honey (Brunei)
- The Beretta’s (Malaysia)
- Merchants of Mercury (Malaysia)
- Edogawa (Malaysia)
- BanyakBunyikRepublik (Malaysia)
- The Purnama’s (Singapura)
- Empty Wallet (Brunei)
- Dubai Tax Fare (Malaysia)
Para peserta akan dinilai di peringkat ini untuk memnentukan siapa yang layak ke peringkat separuh akhir. Pecahan markah bagi pusingan ini ada seperti berikut:
- 30% – undian awam (‘Like’ video)
- 70% – undian juri
Bantu band-band kegemaran anda untuk layak ke peringkat separuh akhir dengan ‘Like’ video mereka di Instagram @hausboommusic.
Ayuh sama-sama kita hangatkan industri muzik tanah air kita!