Browse By

Balai Berita Junklist – 8 September 2021

Vans umum finalis ‘Vans Musician Wanted 2021‘ bagi APAC dan ‘Malaysia Top Musicians

Vans bakal menganjurkan konsert muzik bagi Vans Musicians Wanted 2021 secara tertutup pada 22 September ini. 5 finalis yang dipilih bagi serata Asia ialah :

  • Nathanie (Malaysia)
  • Q The Trumpet (Korea)
  • Squid the Kid (Australia)
  • Kinder Bloomen (Indonesia)
  • Yishun Panik (Singapura)

Finalis ini bakal bersaing sesama sendiri pada 22 September bagi menentukan siapa dipilih untuk mewakili Asia di pentas Final Showdown dan berpeluang untuk beraksi sepentas dengan YUNGBLUD di House of Vans. Selain itu, Vans Malaysia juga telah berkolaborasi bersama Junklist dan Raising The Bar MY bagi memilih pemuzik terbaik dari Malaysia. 5 pemuzik yang dipilih ialah :

  • DANYE – rapper dari Ipoh berusia 22 tahun
  • F. Rider – rapper, producer, songwriter dan penggiat kreatif
  • Late Night Frequency – band indie synth pop dari Shah Alam
  • Math Class – band alternatif rock dari Pulau Pinang
  • Joyberry – band synthpop dari Kedah

Ikuti media sosial Junklist dan Raising The Bar MY untuk perkembangan yang selanjutnya di sini :

https://www.instagram.com/junklist.my/?hl=en

https://www.facebook.com/RTBMY/

Anugerah Lagu Indie kembali, umum 12 juri profesional

Anugerah Lagu Indie bakal kembali tidak lama lagi dan mereka telah mengumumkan senarai penuh juri profesional yang bakal mengadili pertandingan tersebut. 12 juri tersebut ialah Rudy Nastia, Jennifer Thompson, Azim Jenk Ali, JD Wong, Amir Jahari, Gjie, Sxph, Efry Arwis, Luca Sickta, Irena Taib, Kmy Kmo dan Amylea. Pencalonan telah dibuka sejak 1 Januari yang lalu dan setakat ini jumlah pencalonan telah melebihi 600 buah lagu. Anda masih lagi boleh menghantar karya-karya anda sehingga 8 Oktober ini.

Anda boleh menghantar pencalonan lagu anda di sini :

https://www.anugerahlaguindie.com/

Margasatwa tercalon bagi kategori Pencalonan Baru Muzik-Muzik 36

Margasatwa menerusi single mereka bertajuk Yang Asli telah tercalon bagi kategori Pencalonan Baru di Carta Muzik-Muzik 36. Sesungguhnya lagu Yang Asli ini memberi banyak tuah kepada Margasatwa apabila satu demi satu kejayaan mereka kecapi menerusi lagu ini. Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh vokalis mereka, Kimal telah berjaya memenangi Levi’s Music Project sebelum ini. Bantu mereka untuk memasuki Carta Top 20 Muzik-Muzik 36 dengan menghantar undi anda. Antara nama lain yang sudah tercalon di dalam Carta Top 20 Muzik-Muzik 36 setakat ini ialah Pelukan Angkasa dari Sekumpulan Orang Gila, Lautan Asmara dari Masdo dan Galaksi Rindu dari Salammusik. Undi lagu kegemaran anda supaya impian kita tercapai untuk menyaksikan bakat-bakat ini beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu.

Hantar undian anda di sini :

https://www.xtra.com.my/muzikmuzik/

Joyberry umum bakal beraksi di Revive Arcade Festival

Selepas melancarkan single terbaru mereka bertajuk Selamanya beberapa minggu yang lepas, Joyberry mengumumkan mereka bakal beraksi di pentas Revive Arcade Festival. Revive Arcade Festival ialah sebuah festival virtual berkonsepkan 90’an yang bakal mengumpulkan bakat-bakat di seluruh Asia Tenggara dalam satu pentas maya. Joyberry adalah band pertama yang diumumkan oleh Revive Arcade Festival dan menurut video pendek yang dimuat naik di laman sosial mereka barisan penuh pemuzik yang bakal menyertai Joyberry bakal diumumkan tidak lama lagi. Joyberry juga adalah antara nama yang tercalon bagi pemuzik terbaik pilihan Vans Malaysia.

Ikuti perkembangan Revive Arcade Festival dan Joyberry di sini :

https://www.instagram.com/revive.arcade/

https://www.instagram.com/joyberrymy/

Dewa Kotaraya – Spooky Wet Dreams kembali dengan album kedua

Spooky Wet Dreams telah mengumumkan bahawa mereka bakal kembali dengan album kedua mereka bertajuk Dewa Kotaraya. Menurut pengumuman yang dibuat di laman sosial mereka, album kali ini agak berbeza dengan album sulung mereka, Koleksi Dendangan Untuk Masa Hadapan kerana album ini ditulis di pelbagai lokasi. Album yang mengandungi 13 buah lagu ini juga bakal mendapat sentuhan Kekabumi sekali lagi selepas kejayaan dalam KDUMH dari segi visual. Spooky Wet Dreams juga mendapat sokongan CENDANA bagi menjayakan pembikinan album ini. Cuma satu perkara yang masih menjadi tanda tanya iaitu tarikh rilisan. menurut mereka, tarikh rilisan bakal diumumkan apabila tiba waktunya. Sama-sama kita nantikan.

Ikuti Spooky Wet Dreams di laman sosial mereka untuk perkembangan yang lebih lanjut :

https://www.instagram.com/spookywetdreams/