Browse By

Balai Berita Junklist – 18 Ogos 2021

Perisai Jiwa – Segi bakal lancar single terbaru

Band indie rock dari Kuala Lumpur, Segi bakal lancarkan single terbaru mereka bertajuk Perisai Jiwa pada 27 Ogos ini. Menurut Segi, karya ini telah dihasilkan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan dimana mereka terpaksa melakukan hampir keseluruhan rakaman melalui penggunaan alatan rakaman sendiri. Lagu ini juga membawa cerita tentang keadaan semasa yang sukar dan keadaan sosial serta pentadbiran yang tidak menentu.

Ikuti sosial media mereka untuk perkembangan yang selanjutnya :

https://www.instagram.com/segiband/

“These Projects Are Ads For Creativity” – Kempen terbaru Vans bagi merai anak seni

Vans telah memulakan kempen terbaru mereka, “These Projects Are Ads For Creativity” bagi mengangkat karya-karya seni yang ada. Menurut Vans, kempen kali ini mengambil langkah yang agak berbeza dari yang sebelumnya dimana mereka akan menyediakan ruang khas bagi karya kreatif ini di laman sesawang mereka sendiri serta mengetengahkan bakat seni yang bekerja di belakang tabir. Antara yang terlibat dalam kempen ini ialah Bono Stellar, seorang pengkarya seni visual yang terlibat dalam pembikinan instalasi seni di LRT Masjid Jamek.

Pautan :

https://www.vans.com.my/offthewall

‘Shaheed War’ – Seruan kemenangan dari Purbawara

Band death metal Johor Bahru, Purbawara bakal melancarkan single terbaru mereka bertajuk Shaheed War pada 28 Ogos ini. Purbawara yang terkenal dengan pesanan Islamik dalam rentak death metal ini sekali lagi bakal mengajak para pendengar untuk terus berjuang dalam apa jua yang dihadapi. “We will end this war of tyranny”.

Ikuti sosial media Purbawara untuk mengikuti perkembangan mereka :

https://www.instagram.com/purbawaraofficial/

‘RIUH 4 Rakyat : The Show’ ditangguhkan ke 27 Ogos ini

Sesi pertama bagi ‘RIUH 4 Rakyat : The Show’ yang sepatutnya berlangsung pada 13 Ogos yang lepas telah ditangguhkan hingga 27 Ogos ini. Ini berikutan dari pengumuman yang dibuat oleh pihak penganjur beberapa hari yang lalu menyatakan ia terpaksa ditangguhkan atas sebab tertentu. Apa yang mengembirakan adalah mereka akan menambah senarai artis yang bakal melakukan persembahan pada hari tersebut. Buat masa ini, tiga nama asal yang bakal melakukan persembahan ialah Airliftz, Mafidz dan Asyraf Nasir.

Ikuti media sosial @riuhinthecity untuk perkembangan yang selanjutnya :

https://www.instagram.com/riuhinthecity/

Alien Lipstick Fire umum single terbaru ‘Any Other Way’

Finalis Levi’s Music Project, Alien Lipstick Fire bakal melancarkan single terbaru yang bertajuk ‘Any Other Way’ pada 20 Ogos ini. Pengumuman ini dibuat menerusi laman instagram mereka. ‘Any Other Way bakal menjadi single kedua mereka yang dirilis pada 2021 selepas Nosferatu.

Ikuti sosial media Alien Lipstick Fire di sini :

https://www.instagram.com/alienlipstickfire/