Pukulan K.O Freshtown Dalam Gelangggang Knockedout Festival 2022
Frestown Records merupakan sebuah label rakaman yang menjadi rumah kepada kumpulan Eclave857, Krusty, Consecrate dan Deceased (SG).
Mereka menyambut ulangtahun ke-5 penubuhannya dengan sebuah festival, dibarisi persembahan oleh nama-nama heavyweight Esclave857, Krusty, Consecrate, Triangle, Moneybag1327, WTNSS, Transitions, Damaged dan Servants.
Festival ini akan dianjurkan pada 5 Mac bertempat di Bsync Productions, KL, bermula pada pukul 1.00 petang. Persembahan pertama akan bermula tepat jam 3 petang.
Tiket berharga RM65 (termasuk satu kit RTK) terhad kepada 200 kemasukan sahaja. Pembelian tiket boleh dilakukan melalui pautan https://linktr.ee/fthc.
Ikuti laman Instagram Freshtown untuk maklumat terkini berkaitan Knockedout Festival 2022.