PROMOSI SVARA X LUST
Sempena penampilan istimewa Lust dalam edisi terbaru Svara, mereka bawakan promosi kombo edisi #5 bersama koleksi rilisan dari Lust.
Svara adalah jurnal terbitan berkala yang memberi tumpuan akan budaya kontemporari di Malaysia. Pembeli akan disajikan dengan esei, cerpen dan sajak berkenaan sastera, filem, muzik dan sebagainya.
Menurut Svara, kecerdasan yang ada dalam bunyi-bunyian serta penulisan muzik moden yang Lust tonjolkan adalah punca utama mereka memilih Lust untuk ditampilkan dalam edisi kali ni.
Anda boleh dapatkan naskhah anda sekarang di https://jurnalsvara.yezza.store/ . Tempoh promosi adalah terhad, jadi dapatkan segera!