Balai Berita Junklist – 17 Mac 2022
SATWO bakal lancar album
Menerusi satu hantaran di media sosial mereka, SATWO kelihatan sedang mengadakan sesi pra-dengar terakhir bersama boss besar Luncai Emas iaitu Dato’ M.Nasir di studio syarikat rakaman tersebut. Semoga urusan pelancaran album berjalan lancar dan semoga rilis tahun ni.
Cerita Angin dari Atas Angin
Selain aktif dengan menganjurkan acara pentas, Atas Angin turut hadir dengan konten visual terbaharu menerusi saluran YouTube mereka iaitu Cerita Angin. 4 video telah dimuatnaik ke saluran YouTube mereka yang membawakan barisan media, penganjur acara, pemuzik dan orang di sebalik tabir untuk berkongsi kisah dan juga pengalaman mereka. Tonton video di YouTube Atas Angin.
“Good thing don’t last forever” – Killeur Calculateur
Tepat pada 11 Mac 2022, peminat muzik alternatif dikejutkan dengan satu berita sedih dari sebuah band post-punk, Killeur Calculateur (KC) di mana melalui satu hantaran gambar batu nisan di media sosial mereka tertulis “Killeur Calculateur 2006-2021, Good Things Don’t Last Forever” yang menandakan pembubaran kumpulan tersebut. KC terdiri dari Smek, Alijo, Rafique dan Zamir. Terima kasih KC kerana sudah mewarnai arus muzik alternatif tempatan dan semoga berjaya dalam perjalanan hidup yang lain!
May Of Scarlet debut album 20 Mac di Angkasa
Tahun 2022 menyaksikan kehadiran band dengan album baru mereka. May Of Scarlet tidak melepaskan peluang untuk mewarnai tahun ini dengan album terbaru mereka, Menangislah. Bakal dilancarkan pada 20 Mac nanti, acara pelancaran album diadakan di Angkasa Event Space, Cheras. Turut membarisi persembahan adalah Purbawara, Patriots, trails. , Zerophobia, Thy Regiment, Rudeen dan Omnivious. Tiket early-bird sudah habis dijual. Tinggal tiket Pre-sale dijual dengan harga RM60. Hubungi Shahrul di 017-2303068 untuk pembelian dan pertanyaan mengenai tiket.
TAPAUKON! menghimpunkan komuniti alternatif
Tapau Asia membawakan TAPAUKON!. Bertempat di Bsync Production, acara bakal diadakan selama 2 hari. TAPAUKON! adalah sebuah konvensyen yang membawa pemuzik, artis, pembikin filem, media dan kolektif dari komuniti indie bersama di hujung minggu untuk belajar, meneroka dan berhubung antara satu sama lain.
Konvensyen ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan membina jaringan agar komuniti indie Malaysia boleh maju kehadapan dari sebuah scene yang sedang berkembang kepada sebuah ekosistem yang mampan.
Atau mungkin ia sekadar kon? Supaya kita percaya yang kita lebih kuat apabila bersama sebagai sebuah komuniti. Disokong oleh Vans Malaysia.
Aktiviti :
Perbincangan Panel, Sesi Kongsi, Bengkel, Tayangan, Persembahan
19th & 20 Mac 2022
10am – 10pm
Bsync Productions, KL
Dapatkan tiket melalui link di laman instagram TAPAUKON!
The After Love di Angkasa
Lepaskan stress anda setelah penat bekerja sepanjang minggu di acara The After Love yang dibawakan sendiri oleh kumpulan Empty Page pada 18 Mac ini bertempat di Angkasa Event Space, Cheras. Dibarisi oleh Empty Page, Midnight Fusic, Rudeen, Mohsein Kush dan Echoless. Acara ini sepatutnya diadakan pada bulan Februari yang lalu namun ditunda ke Jumaat ini. Tiket masih dijual namun terhad. Hubungi Iman di 017-8476171 untuk pembelian tiket.
GRC Reworking
Band Alternatif Metal berasal dari Perak ini memulakan satu projek terbaharu yang dipanggil ‘grc.reworkings‘ . Glistening Redchair (GRC) sebelum telah meriliskan album mereka yang terbaharu, Celestial pada May 2021. Apabila ditanya mengenai projek terbaharu ini, vokalisnya, Gheff menjelaskan bahawa ianya satu projek merakam semula lagu lama GRC untuk disesuaikan dengan bunyian terkini GRC. Sebuah lagu bakal dilancarkan pada sekitar penghujung bulan ini. Sama-sama kita nantikan.
Selamat tinggal Couple – Shahrin
Couple pula menyiarkan dari media sosial mereka bahawa pemain dram mereka, Shahrin secara rasminya telah mengundurkan diri dari Couple. Acara terakhir mereka adalah sewaktu rakaman acara Homegrown yang dilakukan beberapa hari yang lalu. Shahrin telah bersama dengan Couple sekitar 16 tahun dan saya rasa ini adalah line-up terbaik dan paling lama dalam sejarah penubuhan Couple. Semoga terus berjaya kami ucapkan pada Shahrin dalam perjalanan hidupnya dan untuk Couple, teruskan Rock N Roll!
Hadiah dari Dewataraya
Dewataraya telah melancarkan album pada awal tahun ini dan kali ini mereka bakal tampil dengan muzik video rasmi ‘Hadiah Buat Semua‘ pada Jumaat, 18 Mac di YouTube Dewataraya. Lagu ini dipetik dari album terbaru mereka dan muzik video ini dihasilkan dengan kerjasama Produksi Luas. Nantikan muzik video ini pada jam 9 malam Jumaat ini.
Konspirasi Bermula di Angguk Studio
Bulan Mac 2022 menyaksikan acara pentas sangat aktif dijalankan terutama sekali pada hujung bulan mungkin disebabkan oleh bulan ramadhan yang hampir tiba. Pada 27 Mac nanti bakal diadakan siri gig Konspirasi Bermula bertempat di Angguk Studio, Ara Damansara. Gig ini bertujuan untuk membuka jalan justeru sebagai semboyan kepada band yang tidak berkesempatan untuk meluaskan dan memperkenalkan lagi karya mereka ketika pandemik ini. Ia juga sebagai tanda bahawasanya subuh sudah bermula dengan gig pertama yang diadakan di akhir musim pandemik yang akan bertukar ke endemik beberapa hari selepas gig pertama ini. Gig bersiri ini merupakan satu perjalanan yang diharapkan akan melebarkan dan memperluaskan lagi karya bawah tanah. Dapatkan tiket dengan menghubungi Redza (013-2506014) atau Nuril (012-3999374).