Browse By

Balai Berita Junklist – 4 Disember 2021

Atas Angin teruskan proses ‘recovery’ industri muzik alternatif

Selepas kejayaan Recovery Pre-Show Oktober lalu, Atas Angin kembali dengan menganjurkan gig bertajuk Atas Angin Recovery Show. Nama ini simbolik dengan keadaan yang sedang berlaku sekarang dimana industri muzik alternatif sedikit demi sedikit kembali pulih dengan adanya acara seperti ini. Recovery Show bakal diadakan pada 11 Disember ini bertempat di BSync Live dan bakal menampilkan 6 nama hebat iaitu Johny Comes Lately, Orkes A. Hizadin, Margasatwa, Jemson, Fugo dan Skudap Skudip. Dengan tiket berharga RM90 termasuk Kit Ujian Kendiri Covid-19, amatlah berbaloi untuk kita menyaksikan nama-nama hebat seperti ini beraksi. Dapatkan tiket anda segera di talian yang tertera kerana #tiketsangatRARE

Pautan :

https://www.instagram.com/p/CWS-ORgBySU/

Sekumpulan Orang Gila Second Voyage Album Showcase

Setelah hampir 3 bulan album terbaru Sekumpulan Orang Gila, Second Voyage dilancarkan secara digital akhirnya mereka bakal mengadakan showcase bagi album tersebut pada 11 Disember ini bertempat di Bentley Music Auditorium. Menurut SOG, mereka bakal mempersembahkan semua lagu dari album baru tersebut dan 5 lagu dari album mereka sebelum ini. Merchandise Second Voyage juga akan dijual secara ‘ala-carte‘ pada hari tersebut. Tiket bagi –early birds‘ telahpun habis dijual kurang dari seminggu maka yang tinggal hanyalah pre-sale tiket dengan berharga RM70 beserta poster percuma. Dapatkan tiket anda sekarang!

Pautan :

https://www.instagram.com/p/CWXwfBJB7r_/

Levi’s Music Project – Perkongsian secara langsung bersama Yuna

Levi’s berkolaborasi bersama Yuna bagi menjayakan misi Levi’s Music Project yang seterusnya. Levi’s Music Project bakal mengadakan ‘live workshop‘ bersama Yuna dimana beliau bakal berkongsi mengenai beberapa topik iaitu muzik dari sudut kreatif, bimbingan muzik, pengetahuan dalam industri dan persembahan secara langsung. Untuk sesiapa yang beminat, anda perlu sertai komuniti discord Levi’s Music Project di sini.

Untuk perkembangan selanjutnya, ikuti sosial media Levismy dan Yuna :

https://www.instagram.com/levismy/

https://www.instagram.com/yuna/

HELL YEAH IQBAL M. akan ke selatan

Buat mereka yang di selatan tanah air, ini khas untuk anda. Iqbal M. bakal meneruskan gig HELL YEAH IQBAL M. dan kali ini destinasi yang bakal mereka tuju adalah Johor Bahru. IQBAL M. bakal beraksi di Rockin Jamz Hall pada 11 Disember ini. Johor Bahru adalah destinasi kedua gig HELL YEAH IQBAL M. yang sebelum ini diadakan di ANGKASA, Cheras. Anda boleh dapatkan tiket yang berharga RM65 dengan menghubungi talian yang tertera di poster. Kalau lambat nanti parah.

Pautan :

https://www.instagram.com/p/CWsROOKBviw/