TRIALS – CONSECRATE BERMULA GARANG
Band hardcore punk dari Kuala Lumpur, Consecrate baru sahaja meriliskan EP sulung mereka bertajuk Trials.
Sebanyak 5 buah lagu terdapat di dalam EP ni yang mampu menghentak jiwa anda sewaktu PKP ini. Dua lagu di dalam EP ini iaitu ‘Trials Contributions’ dan ‘One Eyed Beast’ juga dilancarkan serentak di laman Youtube Freshtown Records MY semalam.
Menurut Consecrate, penggunaan gambar KKK dan Daryl Davis di dalam cover mereka adalah atas dasar penghormatan terhadap persahabatan mereka. Mengapa perlu benci sesuatu yang kita sendiri tidak tahu puncanya. Tambah mereka, Daryl Davis juga bertanggungjawab atas 200 ahli KKK meninggalkan ideal tersebut.
Consecrate melihat perkara ini dapat dikaitkan dengan situasi yang kian terjadi di Malaysia dan atas dasar itu mereka memilih untuk menggunakan gambar tersebut dengan harapan perkara ini dapat memberi inspirasi kepada yang lain.
Dengarkan EP sulung mereka di Spotify atau Apple Music, dan jangan lupa untuk mengikuti perkembangan terbaru Consecrate di media sosial mereka!
DAPATKAN JUNKLIST DIGEST DI www.digest.junklist.my