Balai Berita Junklist – 9 Disember 2021
Festival Laman Seni – keistimewaan seni, muzik dan makanan
PKOM Events bakal bawakan kepada anda Festival Laman Seni yang bakal berlangsung pada 11 Disember ini bertempat di Laman Budaya, Tasik Shah Alam. Terdapat pelbagai aktiviti yang bakal diadakan pada hari tersebut termasuk persembahan muzik, jualan bazar seni, klinik ‘percussion’, perpustakaan bergerak, foodtruck dan banyak lagi. Antara nama yang bakal melakukan persembahan pula ialah Pitahati, Kapow, Budak Nakal Hujung Simpang, 1936 Bois, Late Night Frequency, Leaism, Modescape dan Plong. Yang menariknya adalah anda boleh masuk secara percuma! Datang beramai-ramai bagi memeriahkan festival ini disamping tunjukkan sokongan terhadap industri seni kita.
Pautan :
EKSPRESI – Festival muzik atas talian tanda sokongan kesihatan mental
Ekspresi : Online Mental Health Music Fest adalah sebuah festival muzik yang dianjurkan oleh MIDI (Malaysian Independent Interconnection) di mana anda boleh menikmati muzik sambil mendengar perkongsian berkenaan kesihatan dan muzik dari tetamu jemputan iaitu Dr. Aida Harlina dan Reuben Samuel. Festival ini bakal diadakan secara atas talian selama dua hari, 11 dan 12 Disember ini. Antara nama yang bakal mewarnai festival ini ialah Amrita Soon, Glistening Redchair, Alien Lipstick Fire, Empty Page, Angqasa, Hacktick!, Patriots, An Honest Mistake dan ramai lagi. Tiket juga adalah percuma!
Klik link ini untuk sertai sesi ZOOM meeting yang bakal diadakan nanti :
https://docs.google.com/forms/d/1A2-YRTmfzXPXbjdveKlDgsBeY_5FCI64NV75ClkuX_Q/edit
Jemson Live In Tranung sempena Mongsung Etek 2021
Sempena Mongsung Etek 2021, Jemson bakal beraksi di Dapo Pata Tok Jembal, Gong Badak pada 18 Disember ini. Sudah tentu berita gembira buat rakan yang berada di Terengganu. Antara aktiviti lain yang bakal diadakan sempena Mongsung Etek 2021 juga adalah arts & culture, distro day out, paso pata dan banyak lagi. Masuk adalah percuma jadi pastikan anda sentiasa mengikut SOP sepanjang berada di sana. Jumpa sana boh!
Pautan :
Neue Lite – Freedom A(r)t Home tampilkan ‘muka baru’
Freedom A(r)t Home bakal mengadakan gig Neue Lite pada 26 Disember ini bertempat di Live Fact, Kuala Lumpur. Neue Lite bakal menampilkan 6 buah band iaitu Motherwit, Empty Page, Joyberry, Kolar Hijau dan MIM. Gig ini bakal diadakan dalam 2 sesi berbeza. Anda boleh dapatkan tiket yang berharga RM55 per sesi dengan menghubungi Freedom A(r)t Home di laman sosial mereka. Ini adalah masa yang sesuai untuk anda discover muzik baru kerana kebanyakannya adalah muka baru dan ada yang datang dengan bunyi yang baru.
Pautan :