Browse By

Balai Berita Junklist – 13 Januari 2022

Pelancaran album penuh epik Dewataraya tidak lama lagi

Dewataraya bakal melancarkan album sulung mereka pada 22 Januari ini bertempat di Pentas 1, KLPAC bermula jam 8 malam. Mereka bakal menyampaikan kesemua lagu dalam album baru mereka ini dan yang menariknya pelancaran ini akan dimeriahkan dengan kehadiran Heidi Moru, Ain Shakirin Roslan, Nureen Qistina dan Xpose band. Setiap lagu bakal diiringi oleh persembahan teater dari MATAGRETA PRODUCTION. Supporting band bagi majlis pelancaran ini juga tidak kurang hebatnya iaitu Iqbal M. dan LOKO. Anda boleh dapatkan tiket dengan harga bermula dari RM40 di sini. Menurut Dewataraya, tiket yang tinggal hanyalah tempat duduk di zon oren dan kuning sahaja. Dapatkan tiket anda dengan segera kerana pengalaman yang epik bakal menanti anda!

Pautan : https://www.instagram.com/dwtry_my/?hl=en

Leaism Live at Jao Tim – Malam Neo Soul dan RnB

Pasti ramai yang merindukan persembahan secara langsung dari Leaism bukan? Jumaat ini Leaism bakal melakukan persembahan secara langsung di Jao Tim, Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam. Beliau bakal membawakan lagu-lagu cover dari FKA Twigs, Erykah Badu, Lunadira dan banyak lagi. Anda boleh dapatkan tiket yang berharga RM80 menerusi laman sesawang Jao Tim atau klik di sini. Melepaskan rindu anda di Malam KESUMA.

Pautan :

https://www.instagram.com/leaism/?hl=en

Des Panik! Revolusi Atau Kontrak Tour di Johor Bahru

Band pop punk dari Kuala Lumpur, Des Panik! bakal memulakan tour bagi album sulung mereka Revolusi Atau Kontrak pada 22 Januari ini di Rockin Jamz Hall, Johor Bahru. Gig ini juga bakal dimeriahkan dengan persembahan dari Brainstew, Highschool Rocker dan Riverside. Dapatkan tiket dengan harga RM40 dengan menghubungi nomber yang tertera di poster. Des Panik! telahpun melancarkan album baru mereka yang memuatkan 12 lagu beberapa minggu yang lepas secara fizikal.

Pautan :

https://www.instagram.com/despanikband/?hl=en

Giliran Plong! dan Guesser beraksi di Live Fact!

Selepas Jemson dan Playburst membuka tirai 2022 Live Fact minggu lepas, kini tiba giliran Plong! dan Guesser untuk meneruskan momentum tersebut. 2 band ini bakal beraksi di Live Fact pada 15 Januari ini bermula jam 8 malam. Anda boleh dapatkan tiket berharga RM35 di laman sesawang Live Fact atau klik di sini. Tiket terhad kepada 30 orang sahaja. Sedikit mengenai dua band ini, Plong! ialah band yang membawa genre new wave rock dan ditubuhkan pada akhir tahun 2020 manakala Guesser pula ditubuhkan pada awal tahun 2017 dan bermain muzik post-psych rock.

Pautan :

https://www.instagram.com/livefactkl/?hl=en