MALAYSIA INDIE COMMUNITY DATABASE – MARI #BIKINSCENE
Dari luahan hati membawa ke satu idea. Itu yang terjadi apabila sebuah komuniti berhasrat untuk membantu satu sama lain. Dengan itu, Faris dari TAPAUtv mengambil inisiatif untuk mewujudkan ‘Malaysia Indie Community Database’ untuk membina ekosistem indie yang sihat.
Tujuan utama pangkalan data ini diwujudkan adalah untuk kita tahu dan sedar akan siapa yang yang terlibat di dalam komuniti indie di Malaysia ini secara langsung ataupun tidak langsung. Jadi, kepada sesiapa yang terlibat tidak kira anda di dalam sebuah band, media, pelakon dan sebagainya, anda boleh mengisi borang yang disediakan untuk kita sama-sama membantu antara satu sama lain. Tekan di sini untuk mengisi borang ‘Malaysia Indie Community Database’.
Pangkalan data ini boleh diakses oleh semua selepas kerja pengumpulan data sudah berjaya. Dengan itu, pengguna boleh menggunakan data tersebut untuk berhubung, berkongsi idea ataupun berkolaborasi untuk menjayakan sesuatu.
Pangkalan data ini terbuka kepada semua. Jadi, sesiapa yang merasakan diri anda pernah mencurah bakti di dalam komuniti indie ini ayuh kita sama-sama memberi kerjasama dan menjayakan niat murni ini. Sama-sama kita #bikinscene!