Browse By

Ragam Wagam – 12 Disember 2021

Selamat berhujung minggu! Kita akan menghampiri penghujung tahun 2021 dalam beberapa minggu sahaja lagi. Nampaknya pelbagai acara hiburan berlumba memenuhi kalendar sebelum tibanya tahun 2022. Semua pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menghadiri gig/liveshow band kegemaran setelah sekian lama melewati perkembangan mereka.

Untuk Ragam Wagam kali ini, terdapat beberapa video-video terbaru yang dikongsi melalui JunklistTV bagi tontonan anda.


JUNKLISTTV – LIVE

Pilihan LIVE kali ini menampilkan persembahan penuh Counter Culture kolaborasi Junklist dan LUAS yang diadakan pada bulan November lepas. Band yang ditampilkan merupakan antara finalis bagi Vans Musicians Wanted 2021 adalah Math Class, Joyberry dan Late Night Frequency.


JUNKLISTTV – TALKSHOW

Untuk anda yang meminati gitar atau curious mengenai alatan muzik yang digunakan pemuzik kegemaran anda, TALKSHOW kali ini menampilkan episod LERAI SENJATA.


JUNKLISTTV – MV

Jangan lupa untuk saksikan music video terbaru dan hebat daripada Dewataraya – Biarkan Masa (ft. Heidi Moru) dan Trophy Knives – High Horses.


Semoga senarai Ragam Wagam ini dapat mengisi masa terluang anda di hujung minggu. Subscribe Youtube Junklist untuk menikmati banyak lagi video menarik!