TEENAGE HEAD RECORDS: MELAWAN ARUS
Teenage Head Records [THR] bukanlah sebuah studio rakaman mahupun stesen radio. THR didirikan sekitar tahun 2014 oleh Radzi dan isterinya setelah mereka bosan dengan kerja seakan robot 9-5. Ketika kedai muzik lain semakin kusam dan lesu dek kerana penangan ‘digitalization of music’ dan ‘streaming age’, THR masih kekal sebagai sebuah ‘shrine’ bagi penggemar muzik fizikal.
Teenaga Head mendapat nama mereka daripada sebuah album keluaran kugiran Singapura. Kumpulan Oddfellows merupakan sebuah kumpulan kegemaran Radzi dan Oddfellows mempunyai sebuah album bernama Teenage Head, yang juga merupakan sebuah album kegemaran Radzi sepanjang zaman.
Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan THR adalah antara kedai rekod yang menjadi trend-setter dan mover dalam menaikkan kembali semangat membeli album fizikal. Golongan pengumpul dan penggemar album fizikal sudah lama ada dan tetap akan terus wujud. Namun sedikit ironi apabila penggemar album fizikal terpaksa membeli secara on-line. THR tiba sebagai savior, di mana penggemar-penggemar cd fizikal mampu berjual-beli secara fizikal tanpa perlu memikirkan samada adakah mereka sudah dilipat online seller. Kini kita boleh terus membeli dan mengusap secara langsung album-album yang kita mahu beli di THR.
THR mempunyai pelbagai jenis album, samada album tempatan, luar negara, dan juga semua jenis genre, daripada irama melayu sehinggalah heavy metal. Inilah yang menjadikan THR digemari ramai lapisan masyarakat berbanding record store yang lain, kerana sesetengah record store hanya memfokuskan kepada satu jenis muzik sahaja.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga antara penggerak utama Record Store Days (RSD) di Malaysia. RSD adalah sebuah gerakan yang berasal dari luar negara dan diadakan pada mana-mana hari Sabtu setiap bulan April. THR selalunya akan press atau re-press lagu dari pemuzik tempatan dalam format vinyl bagi RSD dan menjadikan vinyl tersebut sebagai collectors item yang sangat berharga. Tambahan lagi, walaupun saiz kedai yang kecil, mereka masih mampu menjemput pemuzik membuat persembahan di kedai mereka untuk RSD termasuklah Johny Comes Lately. Betullah pepatah mengatakan saiz tidak penting, tapi cara guna tu penting.
Mereka juga sering mengadakan flea market secara percuma bagi sesiapa yang ingin menjual atau ‘trade’ koleksi mereka.
Era penjualan cd semakin merudum di Malaysia. Even mainstream pun terkesan dengan era digitalization, apatah lagi pengkarya bebas yang selalu tidak mendapat tempat untuk menjual cd mereka di toko muzik terkemuka. Namu, THR tanpa sebarang prejudis menerima semua jenis cd daripada pemuzik-pemuzik tempatan untuk dijual di kedai mereka. Sekali lagi, THR menjadi savior bagi penggemar muzik independent tempatan yang selalu tidak tahu di mana hendak mendapatkan rilisan independent tempatan.
Teenage Head Record
Opens daily 11 AM – 7 PM | 20, Jln SS14/1 (Back Lot), Subang Jaya
FB: https://www.facebook.com/teenageheadrecords/
IG: https://www.instagram.com/teenageheadrecords/
Spotify Playlist: spoti.fi/2xRhB4b