THE RUDEAN BUAT KERJA GILA
Band Glam Rock N Roll, The Rudean memulakan tahun baru 2021 dengan melancarkan muzik video rasmi iaitu ‘Kerja Gila’ pada 1 Januari yang lalu..
MV yang bertemakan ‘Budak Nakal’ berpeleseran di lorong-lorong gelap sambil berkejaran dengan si pencuri kotak. Bukan Dybbuk Box ya.
Lagu ‘Kerja Gila’ masih mengekalkan rentak signature The Rudean yang kebiasaannya mengajak crowd untuk berjoget sewaktu di persembahan live mereka.
Lagu tersebut dirakam dan disiapkan di SOG Production. Penghasilan Muzik Video pula oleh ETE Production.
Tonton dan dengarkan ‘Kerja Gila’ di laman Youtube The Rudean.