SEBUAH TREK DARI MASA LAMPAU – GLISTENING REDCHAIR
Glistening Redchair (GRC) telah meriliskan sebuah single ‘This Way, Back Home’.
Menurut GRC lagu ini sepatutnya turut tersenarai dalam Black Demo yang telah rilis pada 2016 namun terpaksa digugurkan kerana konsepnya agak berbeza dari konsep Original Hard Rock yg GRC bawakan pada waktu itu.
Terkini, GRC hanya dianggotai oleh Gheff (Vokal/Gitar) dan juga Firdaus (Drum).
Lagu ini merupakan sebuah trek instrumental dan mungkin petanda bagi EP atau Album terbaru dari GRC. Ikuti mereka di seluruh platform media sosial untuk sebarang maklumat terbaru.