Angkasa Diterjah, Kemunculan Awang Samrow & Dipaku Pohon Sidra
ACARA
Angkasa Riot
Baru-baru ini scene alternatif tempatan digemparkan dengan berita penyitaan Angkasa Event Space oleh pihak DBKL. Berikutan dari peristiwa tersebut, penganjur gig, band dan peminat muzik alternatif bersatu dan akhirnya muncul dengan satu idea ‘crowdfund‘ yang dianjurkan oleh Luas, Atas Angin dan Freshtown Records pada 20 Ogos nanti bertempat di Panggung Asia, Gombak. Hasil penjualan tiket akan disumbangkan kepada pihak Angkasa demi membantu kos rayuan atau saman. Sebanyak 22 pemuzik turut serta dalam persembahan ini. Tunjukkan sokongan anda dan beli tiket di website Atas Angin.
Malaya Roll 5 Years Anniversary Vol.2
Selepas menjayakan sambutan 5 tahun penubuhan mereka di Angkasa tempohari, nampaknya Malaya Roll menyambung sambutan ulang tahun penubuhan mereka dengan edisi yang kedua. Kali ini mereka turun ke Melaka. Bertempat di Bangunan pada 30 Julai nanti. Antara band yang bakal berpanggung adalah Poskad, Late Night Frequency, Arctic Statik, Monotones, Blackrose Valentine, Armpunk Sindicate, Jemson, Golden Mammoth, Margasatwa dan Zip Zieller. Tiket pra-jual berharga RM65 manakala tiket biasa berharga RM70. Pembelian tiket atau pertanyaan boleh hubungi Sariy (01151413289) atau Imran (01128612019).
The Magnificent Of 8 : Vol.5 & 6
Megat Yaesree & Garage Studio meneruskan siri gig “The Magnificent Of 8” hujung minggu ini iaitu pada 30 dan 31 Julai di Garage Studio, Taman Melawati. Setiap acara dibarisi oleh 8 band dan tiket dijual dengan harga RM15 dan boleh didapatkan di pintu.
Awang Samrow – Listening Party & Debut Show
Awang Samrow muncul dengan acara pertamanya sekaligus sesi dengar album beliau yang akan datang iaitu “Pok Snahu” diikuti dengan persembahan langsung oleh tetamu jemputan iaitu Hawa, Runs dan Monotones pada 31 Julai 2022, bertempat di Livefact. Bagi yang belum mengenal Awang Samrow, beliau menganggotai kumpulan duo Kyogg (bersama Kimal dari Margasatwa) dan juga sebagai vokalis kumpulan Plong! . Tiket berharga RM45 dan boleh didapati dari link ini.
Ini Malam Lokal
Sebuah kolaborasi Atas Angin dan Maqan Fest, acara “Ini Malam Lokal” melawat orang selatan tanah air. Bertempat di Angsana Johor Bahru Mall, pengunjung bakal disajikan dengan pelbagai makanan dan minuman serta persembahan pentas yang boleh ditonton percuma. Antara yang membuat persembahan adalah Couple, Skudap Skudip, OAG, Empty Page dan Sixth Sense. Acara pentas bakal diadakan pada hari Ahad (31 Julai) pada jam 8 malam hingga 11 malam.
Rock N Roll Sampai Mati Ditunda
Jemson mengumumkan acara “Rock N’ Roll Sampai Mati‘ ditunda sehingga tarikh yang akan diberitahukan kelak. Acara yang dijadualkan pada 5 Ogos ini dikhabarkan ingin diteruskan namun terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dielak untuk meneruskan acara ini. Pembeli tiket dinasihatkan untuk menghubungi pihak Jemson atau Fono KL untuk sebarang pertanyaan.
Atas Angin Festival
Bersediakah anda untuk Atas Angin Independent Festival? Banyak band tu geng! Pastikan anda sihat dan cergas sebelum menghadiri acara ini ya. Terdapat kemudahan lain juga yang turut disediakan oleh pihak Atas Angin di festival ini. Menurut Bam, mereka meletakkan target sekitar 6000 jualan tiket bagi acara ini. Ikuti perkembangan lainnya di laman sosial media Atas Angin supaya anda tidak terlepas pandang tentang segala informasi tentang festival ini.
Riot Vol.2
Orang utara pun boleh riot di gig “Riot Vol.2” bertempat di Alies Studio, Teluk Intan, Perak. Acara ini bakal diadakan pada 14 Ogos 2022 bermula jam 2 petang. Antara yang bakal berpanggung adalah Targun, Plunkcore, Heavside, Tirani, Fuzzy Monks dan Glistening Redchair. Tiket dijual dengan harga RM15 sahaja.
Pentas Kata
ProjekSuka dan Rabak-Lit membawakan acara Pentas Kata yang menghimpunkan acara puisi dan muzik sambil menikmati kopi dan pencuci mulut di Epicenter Kitamen, Sungai Buloh. Acara bakal diadakan pada 30 Julai, 3 petang hingga 10 malam. Terdapat 3 harga tiket iaitu RM35 (presale), RM40 (normal) dan RM45 (door). Hubungi Cik Bunga (0103304514) bagi pertanyaan tentang tiket atau acara.
RILISAN
Hasel – Crush On You
Band brit-rock yang berpusat di Johor ini baru saja merilis single terbaru, “Crush On You” yang kini tersedia di semua platform digital sejak 25 Julai yang lalu. Lagu yang berdurasi lebih kurang 3 minit ini menurut saya menampilkan imej tersendiri Hasel dalam menghasilkan lagu bergenre brit-rock dan mempunyai ‘hook’ yang agak kuat berbanding lagu mereka sebelum ini.
Patriots – Maker
Pohon Sidra – Stratagem
Sempat saya melakukan pencarian maksud dari nama band ini, “Pohon Sidra” di Carian Online Dewan Bahasa & Pustaka tapi malangnya tiada maksud spesifik yang diperoleh. Pohon boleh memberi makna yang sama dengan subjek ‘Pokok’ ataupun kata kerja ‘Minta’ manakala ‘Sidra’ tidak ditemukan sinonimnya mungkin kerana ianya bukan sebuah perkataan lengkap dan mungkin perkataan yang telah dipendekkan. Saya gagal menemukan informasi lanjut tentang band ini kerana dapat tahu rilisan ini dari rakan yang mencadangkan. “Stratagem” nyata mempunyai tarikan sejak dari awal trek. Walaupun hanya instrumental, telinga saya terpaku untuk mendengarkan lagu ini sampai ke minit penghabisan. Saya tidak pasti mahu meletakkan genre lagu ini seperti apa tapi yang pasti ianya sedap.