SKIM WAJIB DENGAR: The Fatalis – Ledakan Paradigma (2019)
Kami berharap mereka yang tidak pernah mendengar atau mengenali band ini tidak tersilap membeli album mereka kerana menyangkakan mereka bermain muzik synthwave, dek kerana tema karya muka hadapan mereka yang seringkali dikaitkan dengan muzik tersebut.
Album ini jahat, nakal, dan keras. Dengan tajuk lagu seperti Amanat Setan dan Tersesat ke Neraka, para peminat muzik yang keras pasti tidak akan kecewa, terutama yang meminati old-school hard rock. Namun dalam Intermisitipudaya, Adib selaku frontman kumpulan ini cuba membawakan irama instrumental, jelas menunjukkan akar-umbi postrock Adib masih tidak hilang. Keseluruhan album ini membawa semangat rock yang membara, menjanjikan suntikan adrenalin terus ke telinga pendengar-pendengarnya.
Trek Pilihan: Taknak Standard, Ledakan Paradignma