SELAMAT BEREHAT SPOOKY WET DREAMS!
Spooky Wet Dream secara rasminya telah mengumumkan bahawa mereka bakal berehat sebentar. Namun bukan untuk selamanya kerana mereka juga mengumumkan untuk hadir dengan album baru.
Dan semalam juga mereka telah melancarkan satu single terbaru berjudul ‘Tutur Dengan Bulan’ sebagai mukadimah bagi album seterusnya. Lagu yang sangat nyaman dan mendayu.
Tonton video wrap-up 2020 oleh Spooky Wet Dream. Sedih weh! Tapi kami harap nanti mereka hadir dengan sesuatu yang segar dan mantap. Semoga Maju Jaya SPOOKY WET DREAMS!
Tonton Single terbaru SWD – Tutur Dengan Bulan