GLISTENING REDCHAIR BAKAL HADIR DENGAN ALBUM BARU
Glistening Redchair (GRC) kini bakal hadir dengan Album yang diberi tajuk ‘Celestial’ pada 26 Mei 2021 yang mengandungi 7 buah lagu.
Sebelum ini mereka telah tampil dengan 2 EP iaitu ‘Guide Us Into Believing’ dan ‘Therapist’.
Berita ini hadir tidak lama setelah GRC menerbitkan single terbaru mereka ELABORATE DREAMY STATE pada 3 Mac yang lalu.
Dan ini kata-kata Gheff Abd Ghafar (vokal/gitar/produksi) tentang album terbaru ini: “Kami mula menulis untuk album ini tak lama selepas jelajah mini Therapy Session yang berakhir pada Disember 2019. Tapi tak ada perkembangan sangat sehinggalah pandemik melanda pada Mac 2020, dan kemudiannya dua ahli kami membuat keputusan untuk menarik diri. Semua yang berlaku memang agak mematikan semangat pada waktu itu.Kemudian ilham datang dalam perbincangan antara saya dengan Firdaus Nasir, pemain dram, yang akhirnya mencetuskan dua keputusan utama:
1) GRC akan diteruskan sebagai sebuah kolektif, 2) album baru akan berkonsepkan penjelajahan dan penerokaan.
Bagi saya konsep itu sangat ironik kerana kebetulan kita semua tidak boleh ke mana-mana disebabkan pandemik. Tema angkasa lepas pula meresap semula jadi ke dalam proses penulisan lagu hasil daripada berita sana-sini tentang Elon Musk dan misi beliau ke Marikh, dan juga pengaruh permainan video yang telah banyak mengisi masa lapang saya sejak mula bekerja dari rumah.”
Anda boleh tinjau pratonton lagu-lagu CELESTIAL di sini: https://youtu.be/eF5fYL-FvnA
Juga disertakan video lirik single ELABORATE DREAMY STATE yang dirilis 3 Mac lepas: https://youtu.be/l_U8HLBDPKw
Untuk yang merindui persembahan langsung, boleh menikmati THERAPIST (langsung di Dream Projects Hall, Disember 2019): https://youtu.be/sn85vqnyWac