Browse By

ELECTRO-POP ‘SEKULAR’ GAYA RESORT

Mungkin ia hanya persepsi saya, tapi sebagai seorang pemuzik yang telah aktif dalam scene English Indie Malaysia sejak awal 2010, saya rasa macam tidak sedikit dari band dan penyanyi dalam scene ini ada latar belakang sebagai pemuzik dalam gereja-gereja Kristian, atau ada perkaitan sedikit sebanyak dengan pemuzik gereja. Ok, mungkin ia hanya persepsi saya yang agak sempit. Seperti saya sendiri, saya memulakan perjalanan muzik saya semasa remaja di gereja, bermain piano dan gitar untuk ibadahraya pada hari Ahad. Kebanyakan pemuzik yang saya kenali melalui gereja ternyata aktif dalam scene muzik tempatan sebagai artist/sessionist/producer.

Christian Contemporary Music (CCM) telah menjadi fenomena yang berkembang sejak dua dekad yang lalu di Barat yang menjadi terkenal di Asia. Ia bermula dengan muzik gospel sekitar tahun 90-an, Ia kemudian berevolusi dengan lebih banyak elemen elektronik, dan bila saya akhirnya berhenti pergi ke gereja (pada pertengahan tahun 2010-an), CCM telah menjadi sebuah gabungan elemen elektronik dan analog/tradisional yang ternyata sepadan. Di Malaysia, CCM banyak didorong oleh fenomena Hillsong. Orang Kristian urban Malaysia kebanyakan akan tahu tentang gereja Hillsong, yang berpusat di Australia. Pemuzik merekalah yang bertanggungjawab keatas ledakan budaya yang disebutkan di atas; mereka adalah antara pelopor stail muzik CCM yang guitar-driven pada tahun 2000-an, yang sebahagian besarnya meniru aliran sekular yang sedang berlaku pada masa itu. Ringkasnya, itulah CCM: sebuah percubaan untuk mengkontekstualisasikan aliran muzik sekular untuk pendengar yang beragama.

Ok, sudah habis bagi background. Sekarang saya akan benar-benar mula bercakap mengenai band yang saya nak review.

Background ini semua relevan kerana ahli band RESORT, semuanya Kristian. Itu mungkin anda sudah teka, tapi saya rasa memang menarik kerana latar belakang mereka pada pendapat saya mempengaruhi muzik dan lagu mereka yang memang tidak bersifat ketuhanan sebenarnya, dan digubah untuk pendengar pop sekular secara am. Muzik mereka juga merupakan petunjuk yang baik untuk gaya muzik dari artis lain yang serupa, seperti SHN, Cassandra Mary, lost.spaces (tidak sebanyaknya, tapi pemain dram RESORT dulunya aktif dalam band tersebut), dan Paperplane Pursuit (yang sekarang sudah tidak aktif lagi). RESORT muncul dalam scene English Indie tempatan pada tahun 2019 dengan beberapa single, dan merilis EP dan album pertamanya, RESORT Vol. 1 dan RESORT Vol. 2 pada tahun seterusnya. Band ini diketuai oleh Sek Hao, yang telah aktif sebagai singer-songwriter sebelum ini. RESORT adalah penjelmaan muzik terbarunya, dan sebuah kolaborasi dengan gitaris Victor Yee dan pemain dram Kyle Emmanuel.

Vol. 1 dan Vol. 2 mempunyai pengaruh yang jelas dari gaya muzik The 1975, dengan pop elektronik yang bunyi pengubahannya agak jarang, dan hook gitar yang berdering dan menarik. Lagu mereka yang paling popular dari Vol. 1, “Terrible Conversations“, menunjukkan pengaruh yang ketara ini. Ia sebuah stail pop yang polished, dan sangat (saya tidak boleh cukup menekankannya) mengingatkan pada stail muzik The 1975. Namun, muzik mereka berevolusi dari pengaruh The 1975 dalam jangka masa yang singkat untuk mengambil nada yang lebih santai. Single – single mereka kebanyakannya merupakan kolaborasi, mungkin disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang lebih mendorong banyak kerjasama dengan pemuzik yang lain. Kolaborasi mereka dengan RYOTA dalam “Loser’s Party“, memang menarik dan berbeza dari sound biasa mereka; ia sebuah trek rock yang fuzz-heavy dan menampilkan vokal berbunyi kasar dari RYOTA. Mereka juga bekerjasama dengan produser Kuszanagi dari lost.spaces, yang membuat remix future bass untuk lagu mereka “I Wish Someone Would“. Trek terkini mereka, “Tonight”, sebuah kolaborasi dengan team produser MFMF. dan singer-songwriter Talitha. (apa pasal artis pop English banyak suka guna full stop dalam nama eh?), dirilis awal tahun ini. Bunyi lagu ini lebih ke mainstream pop, dengan produsernya MFMF. yang juga bertanggungjawab dalam lagu “Cute (Stop Lah Being So Cute)” oleh Harith Zazman dan Loca B. Ok-lah, tajuk lagu itu sedikit menjengkelkan, tapi itu kan apa yang pendengar mainstream Malaysia suka?

Kesimpulannya, agak panjang lebar penjelasan saya tentang CCM bila ia tidak terlalu banyak kaitan sangat dengan band RESORT, yang secara amnya bukan kugiran ketuhanan – tetapi konteks itu penting, kan? Sekurangnya pembaca boleh mendapat pemahaman lebih baik tentang latar belakang trend yang sudah berterusan dalam scene English Indie Malaysia. Dan memang tidak boleh dipandang rendah kualiti muzik yang datang dari artis-artis indie scene ini. Pada pendapat saya, ia diterajui oleh sikap DIY indie yang tidak takut untuk mempelajari teknik perakaman dan produksi profesional dari muzik mainstream Barat, yang banyak dipengaruhi oleh falsafah ‘bedroom musician‘ yang lebih popular kebelakangan ini, dan yang mempunyai kesedaran untuk mengadaptasikan trend muzik terkini untuk pendengar Asia/Nusantara yang lebih arif.

SocMed RESORT:
https://www.instagram.com/weareresort/
https://www.facebook.com/weareresort
https://spoti.fi/3dpPUVL