SAVE THE ROCKIN – ROCKIN JAMZ HALL PERLUKAN ANDA
Perintah Kawalan Pergerakan kali ini amatlah perit bagi sesetengah daripada kita untuk hadapi. Terlalu ramai yang terkesan terutama dari aspek ekonomi. Tak kurang juga ruang-ruang acara yang dulunya penuh dengan kenangan terpaksa ditutup akibat sewa yang tidak mampu dibayar. Kali ini Rockin Jamz Hall, sebuah ruang acara yang terletak di Johor Bahru perlukan bantuan kita semua untuk terus ‘hidup’.
Sebelum ini, Rockin Jamz Hall ialah salah satu tempat ‘wajib’ bagi band-band yang melakukan touring di Johor Bahru. Antara band yang pernah membuat persembahan di Rockin Jamz Hall adalah Iqbal M, Margasatwa, Sekumpulan Orang Gila, Monoloque dan Knock Loose. Rockin Jamz Hall juga adalah tempat dimana bermulanya kebanyakan band-band baru terutama dari sekitar Johor Bahru. Sekarang Rockin Jamz Hall adalah antara 3 venue yang masih bertahan di Johor Bahru.
Anda boleh hulurkan bantuan di sini bagi memastikan Rockin Jamz hall mampu bertahan dan semoga kita dapat menjejakkan kai lagi ke sana untuk melihat band-band kegemaran kita semua. Sudah pasti Rockin Jamz Hall adalah tempat terpahatnya 1001 kenangan bagi anak muda sekitar Johor Bahru dan kita tidak ingin ia hilang. Mari sama-sama kita bantu kita!