Browse By

Panduan Lengkap TAPAUfest 2021

Hampir setahun TAPAUfest terpaksa ditunda berikutan ikatan SOP ketat dan bilangan kes yang agak merisaukan, namun terdapat berita baik buat peminat/pengunjung tetap TAPAUfest kerana pada hujung bulan Oktober ini, TAPAUFest 2021 sedia untuk membawa anda hiburan talian secara eksklusif! Apa yang menarik bagi TAPAUFest kali ini adalah pengalaman santai dan interaktif yang bakal berlangsung selama 14 jam iaitu dari pukul 10 pagi sehinggalah 12 tengah malam, yang bukan sahaja padat dengan persembahan artis/band hebat dari Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk acara PENTAS, malahan terdapat acara BENGKEL dan LAYAR bagi memenuhi hari anda.

Selari dengan objektif TAPAUFest bagi membantu dan menyokong komuniti muzik alternatif bagi menyahut slogan #lifeislive, penganjuran festival ini juga mengetengahkan pelbagai genre muzik, terutamanya wakil pemuzik wanita dari setiap negara.


BARISAN ARTIS MALAYSIA

BARISAN ARTIS SINGAPURA

BARISAN ARTIS INDONESIA


Sepanjang acara ini berlangsung, anda juga akan ditemani hos yang sudah pasti dikenali ramai iaitu Sharifah Amani dan Iedil Dzuhrie Alaudin (Iedil Putra) yang juga akan mengacarakan segmen selingan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik!

BENGKEL

  • Segmen ‘Sarapan Untuk Juara’  dikendalikan oleh Bagus “Gogon” dari The Panturas untuk memberi panduan bagi menyediakan sarapan ringkas dan enak.
  • Huruf Boon’ pula menampilkan artis graffiti dari Singapura, Boon Baked bagi memberi tutorial mengenal dan mereka tulisan tersendiri secara kreatif.
  • Peminat metalcore pula jangan terlepas peluang ini untuk belajar teknik ‘scream’ dan ‘growl’ oleh Bear daripada band metalcore Malaysia Defoulters bagi segmen ‘Scream & Growl #101’.

LAYAR

Segmen LAYAR pula adalah satu tayangan dokumentari IPOH CITY SLACKERS “Indie Rock Tua” oleh Nik Syazwan dan dibantu oleh Zim Ahmadi.


PANDUAN PEMBELIAN TIKET

Pembelian tiket boleh didapatkan di laman web www.TAPAUfest.asia yang menyediakan tiket berharga RM30 sehingga RM360 mengikut kombo yang tersedia. Harga yang berbeza diletakkan mengikut pakej tersedia sama ada anda menikmati festival ini bersendirian atau anda mahu berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan anda. Menurut penganjur, festival ini tidak di pra-rekod dan akan bersiaran langsung bagi meningkatkan lagi pengalaman konsert secara talian. Untuk anda yang telah lama menanti saat ini, segera dapatkan tiket sebelum 30 Oktober 2021 (Sabtu) ini!

Tambahan pula, untuk memeriahkan lagi pengalaman interaktif ini, TAPAUfest telah menyediakan kit cenderahati bagi anda yang membeli tiket pakej SEMPOI seperti pyjama pants edisi terhad TAPAUfest dan set permainan ‘daun terup’ yang direka khas oleh pereka berbakat tempatan GrimmyGranny.

Segala persembahan dan aktiviti menarik yang terdapat ini sangatlah berbaloi untuk anda yang mahukan hiburan maksima pada hujung minggu. Jadi, dapatkan tiket segera dan selamat ber-festival!

KLIK UNTUK PEMBELIAN TIKET!