Browse By

Masquerader Naik Satu Tahap, Beraksi Bersama Choir & Chamber Orchestra

Masquerader (Sumber: Facebook Masquerader)

Kumpulan rock asal Ipoh, Masquareder, akan menayangkan 5 siri video persembahan mereka bersama sebuah kumpulan orkestra Choir & Chamber Orchestra. Rakaman dilakukan pada13 & 14 Ogos di Bysnc Hall, Kuala Lumpur.

Kesuma lagu yang dibawakan adalah lagu-lagu yang diambil dari EP mereka, Teleportasi Paradoks yang telahpun dilancarkan pada tahun lepas. Penonton bakal menyaksikan dan mendengarkan Lost!, Sekilas Pukau, Spectacular Mistake, Teleportasi, dan Talented People. Kesemua persembahan tersebut akan disiarkan di laman rasmi Youtube Masquerader dengan kekerapan satu video bagi setiap bulan, bermula pada malam ini.

Dengan reputasi persembahan yang baik, Masquerader pernah berpanggung sepentas bersama Noh Salleh, Grey Sky Morning, OAG dan The Times, siaran persembahan ini pastinya tidak akan mengecewakan para penonton dan pendengar.

Jangan terlepas untuk menyaksikan Masquerader Teleportasi Paradoks Live Session With Choir and Chamber Orchestra pada pukul 9 malam ini di laman Youtube mereka.