Browse By

HUJAN SEPTEMBER – ALI IDRIS & PARA PENONTON LANCAR LIRIK VIDEO TERBARU

Solo band dari Johor Bahru, Ali Idris & Para Penonton (AIPP) baru sahaja melancarkan single terbarunya bertajuk Hujan September dengan penampilan khas Catnipp di saluran Youtube Nova Music Videos.

AIPP setakat ini telah meriliskan 3 buah single iaitu Perhiasan Kesayangan, Menambat Hatimu dan yang terbaru, Hujan September dan boleh didengari disemua platform muzik.

Kesemua single AIPP telah dirakam dan diterbit oleh SOG Production. Dengan rilisan terbarunya kali ini mungkin kita bakal dapat mendengarkan album penuh dari AIPP tidak lama lagi!

Ikuti perkembangan terbaru Ali Idris & Para Penonton di semua laman sosial AIPP!