BAND LOKAL DI MUSIC LANE FESTIVAL OKINAWA 2021!
Music Lane Festival Okinawa 2021 bakal menampilkan beberapa band Malaysia iaitu Golden Mammoth, Skits, Jemson, Court 10, FAZZ, Capt Trips n The Kid dan The Filter. Kesemua persembahan dari band Malaysia boleh ditonton secara langsung di https://musiclaneokinawa.com/stream pada 21/02/2021 (Ahad).
Festival yang melibatkan 79 buah band ini bertujuan untuk mengetengahkan bakat-bakat indie di Jepun dan Asia. Band-band dari Malaysia termasuk di dalam segmen Trans Asia Music Meeting Selection (TAMMS) bersama beberapa negara jiran yang lain iaitu Thailand, Mongolia, Filipina, Korea, Singapura dan Indonesia di mana setiap negara bakal diwakilkan oleh band-band yang penuh berbakat.
Ini adalah masa yang sangat sesuai untuk kita meneroka muzik-muzik baru di sekitar Asia dan jangan lupa untuk memberi sokongan penuh untuk band-band tempatan kita esok. tekan di sini untuk jadual penuh festival. Jangan lepaskan peluang ini dan jumpa anda esok!