Browse By

Balai Berita Junklist – 5 November 2021

Live At Ruang Sempit – Ruang Sempit kembali buat edisi ketiga

Selepas kejayaan dalam dua edisi sebelum ini, Atas Angin bawakan kepada anda Live At Ruang Sempit Season 3! 16 buah band bakal ditampilkan dalam edisi kali ini dan ditayangkan tepat jam 9 malam 5, 6 dan 7 November ini. Antara band yang terlibat ialah Dewataraya, Kabus, Maverick, Motherwit, Hutch vs The World, Kungfu Heidi dan ramai lagi. Ternyata program seperti ini banyak mengenalkan kita akan band-band yang tumbuh seperti cendawan sepanjang pkp yang lalu. Anda boleh mula menonton Ruang Sempit Edisi ke-3 bermula malam ini di saluran Youtube Atas Angin My. Jumpa di ruang chat!

Pautan :

https://twitter.com/_atasangin/status/1455751508318830598

Separuh Akhir Anugerah Lagu Indie berlansung pada 13 dan 20 November

30 buah lagu telahpun dipilih juri untuk mara ke pusingan separuh akhir Anugerah Lagu Indie 2021. Seperti yang dimaklumkan pada sidang media pengumuman senarai lagu separuh akhir ALI2021 yang lalu, ia bakal diadakan pada 6, 13 dan 20 November tetapi atas sebab tertentu separuh akhir ALI2021 akan diadakan dalam masa dua hari sahaja iaitu 13 dan 20 November ini. Antara lagu yang bakal berentap ialah Puas dari Ramayan, Enge Port dari Arunboii, Yang Asli dari Margasatwa, Jauh dari Nusarasa dan banyak lagi. Junklist telahpun membuat ramalan lagu pilihan kami yang bakal layak ke pentas akhir. Anda boleh baca penuh di sini. Pilihan anda?

Tonton Konsert Hujan 16 Tahun secara maya

Konsert Hujan 16 Tahun sudah dua minggu berlalu. Pasti ramai yang merindui persembahan dari band kegemaran ramai ini terutama mereka yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan secara lansung. Berita gembira buat Raingers, Konsert Hujan 16 Tahun bakal ditayangkan secara maya! Anda boleh membuat pembelian tiket dengan berharga RM50 di https://wearelive.asia/. Menurut Hujan, konsert adalah yang pertama mempunyai produksi live dan maya dengan audio visual yang berkualiti tinggi sekaligus membawa seni pentas Malaysia ke alaf baru. Jangan lepaskan peluang ini dan jadi sebahagian dari sejarah!

Pautan :

https://fb.watch/94EafSmv35/

Sirap Ais teruskan ‘Kerja Gila’

Sirap Ais bakal menganjurkan gig Kerja Gila pada 27 November ini bertempat di ANGKASA Event Space. Gig ini bakal menampilkan Kyoto Protocol, LOKO, Skudap Skudip, Rudeen dan Masquerader. Anda boleh dapatkan tiket berharga RM70 dengan menghubungi talian yang tertera di poster. Tiket adalah terhad! Pastikan anda mengikuti garis panduan SOP yang ditetapkan oleh pihak penganjur untuk kesejahteraan bersama.

Pautan :

https://www.instagram.com/p/CV2bC_hBs8E/