Browse By

Balai Berita Junklist – 29 Oktober 2021

HELL YEAH IQBAL M. – Masa untuk bersua Moden Rokes!

Persoalan yang ramai tertanya-tanya, “bila Iqbal M. nak perform?” akhirnya terjawab. Iqbal M. baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan gig HELL YEAH IQBAL M. pada 6 November ini di ANGKASA Event Space. Tiket hanya terhad kepada 100 orang sahaja dan dijamin patuh SOP! Anda boleh dapatkan tiket berharga RM60 ini dengan menghubungi nombor yang tertera di dalam poster. Sudah pasti ramai yang merindui aksi-aksi Iqbal M. di atas pentas. Saja diingatkan tiket seperti pisang panas ketika ini, jadi dapatkan tiket anda dengan segera!

Pautan :

https://www.instagram.com/p/CVkOA1qhH1Q/

Jemson umum Jemson Tour November ini!

Minggu lepas Jemson umum gig di Johor, minggu ini Jemson umum tour terus! Jemson bakal beraksi di tiga venue dalam tiga negeri yang berbeza. 13 November di Rockin Jamz Hall Johor Bahru, 14 November di MVMT Melaka dan 20 November di Insider Satellite Ipoh. Setakat ini hanya line up untuk acara di Johor Bahru dan Melaka sahaja yang telah diumumkan. Jemson bakal beraksi bersama Secto, Omnivious dan Never Ending Threats di Johor Bahru. Di Melaka, supporting act mereka ialah Crazy Grizzly dan Kungfu Heidi. Kesemua acara ini hanya terbuka kepada mereka yang telah lengkap vaksin dan berumur 18 tahun dan ke atas! Ikuti perkembangan tour ini di laman sosial mereka. Enjoy and Rock & Roll forever!

Pautan :

https://www.instagram.com/p/CVhaeKkhiYT/

REXKL PRESENTS: The Fatalis, Transitions, An Honest Mistake, Patriots and Night Skies & Visions

Selepas gig Keluar Gua Budak Nakal Hujung Simpang, RexKL sekali lagi bakal menjadi venue gig dan kali ini menampilkan The Fatalis, Transitions, An Honest Mistake, Patriots dan Night Skies & Visions. Gig ini bakal diadakan pada 12 November nanti dan bermula pada jam 8 malam. Anda boleh dapatkan tiket yang berharga RM40 di https://rexkl12nov.peatix.com/

Pautan :

https://www.instagram.com/p/CVcujvzBhat/

Hail Return #2 – The Re-Opening Series Live Fact

Scene semakin pulih. Puluhan penganjur juga telah mula merancang untuk kembali mengadakan gig-gig fizikal ini termasuklah Live Fact. Live Fact dalam proses recovery dan kini mereka sedang menjalankan the re-opening series. Untuk siri kedua yang bakal diadakan pada 30 Oktober ini, mereka bakal menampilkan Wobbebong dan Project Skylate. Gig ini bakal berlansung selama dua sesi dengan berharga RM35 setiap sesi. Hanya 30 orang yang dibenarkan masuk pada setiap sesi dan anda boleh tempah tiket anda di livefact.my.

Pautan :

https://www.instagram.com/p/CVSkZx1B9Go/

KEMBALI – Post pandemic comeback gig dari Soundmaker Studio

Soundmaker bawakan berita gembira kepada anda yang berada di Pulau Pinang. Soundmaker Studio bakal mengadakan gig post-pandemic comeback bertajuk KEMBALI. Gig ini diadakan pada 20 November dan bakal menampilkan Warnabumi, Katfeud, Buddha Beat, The WaduhWaduh dan Phoebus. Dengan berharga RM20 tiket hanya terhad kepada 40 pax sahaja. Untuk pembelian anda boleh hubungi nombor yang tertera di poster.

Pautan :

https://www.instagram.com/p/CVfXDGBh5D3/