Browse By

BALAI BERITA JUNKLIST – 21 JULAI 2021

Fasa 2 ‘Levi’s Music Project’ tamat dengan penuh jaya!

‘Levis Music Project Phase 2 : Levi’s Upskill Project’ telahpun melabuhkan tirai dengan jaya. Dalam fasa kedua ini, tumpuan lebih terjurus kepada industri menerusi bengkel peningkatan kemahiran. Antara yang terlibat bagi sesi menunjuk ajar dan perkongsian selama 6 minggu ini ialah Dato’ Sheila Majid, Mike Chan, Shri Pendakur dan ramai lagi. Sudah pasti program selama 6 minggu ini amat bermakna bagi para peserta dalam mengasah lagi bakat yang sedia ada. Nantikan fasa terakhir bagi Levi’s Music Project ini yang bakal berlangsung tidak lama lagi!

Ikuti perkembangan ‘Levi’s Music Project’ di sini :

https://www.instagram.com/levismy/

‘Freedom A(r)t Home Fest’ – Festival amal bagi membantu anak seni untuk terus ‘hidup’

‘Freedom A(r)t Home Fest’ adalah sebuah festival yang bertujuan untuk memberi kesedaran akan komuniti anak seni yang terjejas akibat pandemik ini. Festival yang akan diadakan secara maya in bakal berlangsung selama seminggu pada 9 hingga 15 Ogos nanti. Terdapat pelbagai acara yang bakal diadakan seperti ‘Art Exhibition’, Poetry Night’, ‘Acoustic Session’, Virtual Art Market’ dan ‘Lepak Session’. Setakat ini pencarian bagi pentas puisi dan penjual telah pun ditutup. Antara nama yang bakal terlibat dalam pentas puisi adalah EJ Safari, Alif Awan, Maliqi Musa dan ramai lagi.

Pautan :

https://www.instagram.com/freedomarthome/

Tirai Indie Dari Rumah telah dibuka!

Akhirnya festival muzik anjuran Atas Angin, Indie Dari Rumah telah pun bermula pada Ahad lepas dengan The Filters, Teman Lelaki dan Nada Tsuma sebagai pembuka tirai. Festival ini bakal berlangsung selama 2 minggu dan anda boleh saksikan secara percuma di saluran Youtube Atas Angin setiap malam bermula jam 9 malam. Kolar Hijau dan Gaboh & Friends bakal melakukan persembahan pada esok hari dan sudah pasti anda tidak mahu melepaskan peluang ini.

Ikuti media sosial Atas Angin untuk perkembangan yang lebih lanjut di sini :

https://twitter.com/_atasangin